Posts

Showing posts from November, 2010

KEMISTERIAN PENYAKIT

Image
Bila disebut sahaja tentang penyakit terbayanglah kepada kita penyakit-penyakit yang pernah kita alami dan dialami juga oleh orang lain. Ada penyakit yang menyerang tubuh badan dan ada penyakit yang menyerang jiwa atau perasaan. Berbagai-bagai istilah digunakan untuk membezakan di antara satu penyakit dengan penyakit yang lain. Dalam senarai nama-nama penyakit semua huruf dari A hingga ke Z digunakan, menunjukkan banyaknya penyakit-penyakit yang telah dikesan dan dikenalpasti oleh manusia. Kadang-kadang seseorang pesakit lebih takut kepada istilah penyakit daripada penyakit itu sendiri. Istilah yang paling ditakuti oleh manusia zaman ini ialah AIDS kerana ilmu perubatan belum mempunyai kemampuan yang memuaskan untuk menangani penyakit tersebut. Penyakit bukan sahaja melanda masyarakat dan manusia malah haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga berhadapan dengan penyakit. Benda-benda galian juga menghadapi penyakit. Contohnya besi, penyakitnya berkarat dan nasi pula penyakitnya ialah basi. Penyak

Syarah Hikam (1)

Image
SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA BERSANDAR KEPADA AMAL (PERBUATAN ZAHIR) ADALAH BERKURANGAN HARAPANNYA (SUASANA HATI) TATKALA BERLAKU PADANYA KESALAHAN. Imam Ibnu Athaillah memulakan Kalam Hikmat beliau dengan mengajak kita merenung kepada hakikat amal. Amal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu perbuatan zahir dan perbuatan hati atau suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu. Beberapa orang boleh melakukan perbuatan zahir yang serupa tetapi suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu tidak serupa. Kesan amalan zahir kepada hati berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Jika amalan zahir itu mempengaruhi suasana hati, maka hati itu dikatakan bersandar kepada amalan zahir. Jika hati dipengaruhi juga oleh amalan hati, maka hati itu dikatakan bersandar juga kepada amal, sekalipun ianya amalan batin. Hati yang bebas daripada bersandar kepada amal sama ada amal zahir atau amal batin adalah hati yang menghadap kepada Allah s.w.t dan meletakkan pergantungan kepada-Nya tanpa m