Posts

Showing posts from December, 2010

PENYAKIT GANAS DAN KEJAM

Image
Manusia secara umumnya memang mempunyai keupayaan untuk bertindak ganas dan kejam. Emosi negatif ini boleh muncul dalam bentuk perkataan dan perbuatan. Dalam diri manusia memang ada ‘kilang’ yang menghasilkan keganasan. Perkataan memaki hamun dan mencarut dikeluarkan oleh kilang ini. Perbuatan memukul dan merosak juga merupakan hasil kilang yang sama. Keganasan ini tidak semestinya ditujukan kepada sesama manusia, malah ditujukan juga kepada binatang dan benda. Perbuatan memukul binatang dan mengoyakkan pakaian boleh diistilahkan sebagai ganas. Ada juga perbuatan yang zahirnya kelihatan ganas tetapi merupakan perbuatan yang terpuji. Seorang yang bertindak ganas kerana mempertahankan harta dan maruahnya adalah melakukan perbuatan yang terpuji. Orang yang bertindak ganas kerana mencerobohi hak orang lain adalah berbuat keganasan yang dikeji. Perbezaan antara dua bentuk perbuatan itu adalah yang terpuji itu disertai oleh perasaan peri-kemanusiaan sementara yang dikeji itu dilakukan tanpa

PENYAKIT KETAGIH KERJA

Image
Ketagih kerja merupakan satu fenomena hidup yang popular di kalangan masyarakat dunia hari ini. Orang yang ketagih kerja samalah seperti orang yang ketagih arak dan dadah. Dia merasakan sesuatu tidak kena pada dirinya melainkan jika dia berada dalam suasana pekerjaannya, samada dia melakukan pekerjaan ataupun memikirkan tentang pekerjaan. Dia pergi ke tempat kerjanya lebih awal daripada pekerja-pekerja lain dan dia pulang paling lewat. Dia biasa pergi ke pejabatnya pada waktu malam untuk menyiapkan kerjanya. Dia juga biasa membawa pulang fail-fail pejabat ke rumah untuk disiapkan Sebelum menjelang waktu kerja pagi esoknya. Dia memberus gigi sambil memikirkan tentang kerjanya. Dia bersarapan sambil memikirkan tentang kerjanya. Dia memandu kereta sambil memikirkan tentang kerjanya. Dia berjalan sambil memikirkan tentang kerjanya. Walaupun kebanyakan daripada masa sudah dihabiskan untuk kerja namun, dia masih merasakan masih ada kerja yang belum diselesaikannya. Dia masih juga mecari pel

Bom Jangka Dalam Diri

Image
Setiap individu membawa bersama-sama bom jangkanya. Sekali sekala masyarakat dikejutkan oleh bom jangka yang sudah sampai masa untuk meletup. Masyarakat menganggapnya sebagai satu Kejadian yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian. Peristiwa yang mengejutkan itu diperkatakan beberapa ketika kemudian dilupakan. Masyarakat lupa bahawa banyak lagi bom yang belum meletup. Tuan punya bom yang sudah meletup itu mungkin memiliki beberapa biji lagi bom yang belum meletup. Dia dibiarkan bebas bergerak di dalam masyarakat dengan membawa bom-bom yang masih aktif. Bom individu mempunyai kekuatan yang berbeza-beza dalam menggoncangkan masyarakat. Ada yang lemah dan ada yang kuat. Seorang suami yang memukul isterinya hanya menggoncangkan keluarganya dan mungkin juga jirannya. Seorang petani di sebuah kampung yang menetak seekor kerbau yang memakan tanamannya boleh menggemparkan kampungnya dan mungkin juga kampung yang berhampiran. Seorang askar yang mengamuk di Chow Kit Road dengan menggunakan