Posts

Showing posts from January, 2011

PENYAKIT ASABIYAH

Image
Setiap manusia diciptakan dengan membawa identity khusus baginya. Identiti mula diperolehi seseorang manusia ketika dia berada di dalam sulbi bapanya, sebelum lagi dia menjadi air mani. Kemudian dia turun ke kandungan ibunya membawa bersama-samanya identity yang diwarisi daripada bapanya. Bila cukup saatnya dia pun keluar ke dunia dan nyatalah identity yang sentiasa menemaninya itu. Identiti tersebut menyebabkan dia dikenali sebagai satu individu yang menzahirkan beberapa aspek pengenalan. Identiti yang dimilikinya membuatnya dikenali sebagai seorang manusia yang boleh dibezakan dari haiwan dan makhluk yang lain. Identiti itu juga memungkinkan dia dikenali sebagai seorang manusia yang berbangsa tertentu. Identiti itu juga menyebabkan dia dikenali sebagai satu individu bagi satu keluarga atau keturunan. Identiti itu bertindak seperti kilang menghasilkan naluri-naluri mencintai sesuatu aspek yang dengannya dia dikenali. Naluri itu boleh dibahasakan sebagai perasaan atau semangat. Pada pe

PENYAKIT KESEPIAN

Image
Kesepian biasanya dikaitkan dengan kehidupan bersendirian, tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak memperdulikan apa yang berlaku di sekeliling. Ramai orang tidak sedar bahawa kesepian boleh menimpa sesiapa sahaja termasuklah orang yang nampaknya aktif di dalam masyarakat dan sentiasa dikelilingi oleh orang ramai. Kesepian bukanlah benteng yang memisahkan jasmani seseorang daripada orang lain. Ia adalah suasana dalam jiwa. Benteng berada di dalam jiwa bukan berada di luar tubuh badan. Orang boleh berada di tengah-tengah hingar bingar pasar tetapi jiwanya berasa kesepian. Orang boleh berada di tengah-tengah hilai ketawa keluarga tetapi jiwanya berasa sepi. Orang boleh berada di tengah-tengah kesibukan pekerjaan tetapi jiwanya masih berada sepi. Orang yang gemar bersendirian pula tidak bermakna dia kesepian. Seorang pengarang lebih suka bersendirian dengan mesin taipnya tanpa dia berasa kesepian. Seorang penyair lebih suka bersendirian dengan kertas dan kalamnya tanpa dia beras

ISTERI YANG MENGKHIANATI SUAMI

Image
Pengkhianatan isteri terhadap suami meliputi bidang yang sangat luas. Pengkhianatan yang paling besar ialah menyerahkan kehormatannya kepada lelaki lain. Menggunakan harta suami tanpa izinnya juga termasuk dalam istilah pengkhianatan. Melayan lelaki lain dengan penuh kemesraan sehingga suami berasa tersinggung juga boleh dikatakan sebagai perbuatan khianat. Selain itu satu amalan yang masih lagi berlaku di dalam masyarakat kita ialah penggunaan ubat-guna dan ilmu pengasih. Perbuatan begini juga boleh dianggap sebagai perbuatan khianat. Oleh kerana perbuatan curang merupakan perbuatan khianat yang paling besar maka kita tumpukan perbincangan kita kepada masalah ini. Kita ingin tahu apakah yang merasuk seorang perempuan sehingga dia tergamak menyerahkan kehormatannya kepada lelaki yang bukan suaminya. Kajian kes Bagi tujuan kajian, kita ikuti kisah seorang perempuan bernama Siti Muslihat. Siti Muslihat berketurunan bangsawan. Dia adalah anak yang paling dimanjai oleh ibu bapanya. Sejak

PERCERAIAN DAN POLIGAMI

Image
Perceraian dan poligami digabungkan dalam banyak hal yang dibincangkan dalam bab ini kerana terdapat banyak persamaan dalam penghuraian tentang kedua-duanya. Kebanyakan krisis rumah tangga berkesudahan dengan salah satu iaitu perceraian atau berpoligami. Dalam masyarakat kita kuasa mentalak dan berpoligami berada dalam tangan kaum lelaki. Oleh yang demikian kita tumpukan penelitian kepada persoalan mengapa kaum lelaki menggunakan kuasa tersebut. Hal yang demikian tidak bermakna dalam semua kes perceraian dan poligami perempuanlah yang bersalah. Kesalahan adalah sesuatu yang relatif bergantung kepada daya nilai individu dan kod penilaian yang digunakan. Dalam kes Abu Zalim misalnya urutan kesalahan berlarutan. Abu Zalim menyeksa anak saudaranya ketika dia hilang kewarasan dan dikuasai oleh tenaga ganas. Tenaga ganas tersebut berpunca daripada keganasan yang dikenakan ke atasnya oleh bapanya. Bapanya menjadi ganas kerana angkara kakaknya. Abu Zalim bersalah kerana menyeksa anak kakaknya.