Posts

Showing posts from December, 2017

Misi Bertanggungjawab

Image
Hari ini cuti persekolahan bermula. Anak-anak pulang penuh kegembiraan dan dalam fikiran hanya satu istilah iaitu BULAN KEMERDEKAAN. Istilah itu jualah yang difikirkan oleh oleh ibu dan ayah agar kemerdekaan bermakna terisi dalam tempuh sebulan ini. Malam ini suasana rumah   amat meriah dengan pelbagai topik. Satu mesyuarat keluarga perlu diadakan. Kertas A4 siap untuk menulis butiran. Si ibu pencatat minit. Perkara yang perlu dibincangkan ialah matlamat cuti tahun ini-perkara utama yang perlu dibuat-dan tugasan yang timbul daripada matlamat itu. Bermula dengan peranan si ayah..mencari duit, bayar bil, blabla..Siibu pula memasak,lipat kain,kerja kursus pengajian..blabla…dan setiap ahli keluarga menyatakan peranan, matlamat dan tanggungjawab yang perlu dilakukan..dan jadualpun dirangka untuk sehari yang akan digunakan selama sebulan dari bangun tidur hingga lelapkan kembali mata. Setiap aktiviti perlu bersumberkan HASIL YANG DIINGINI,GARIS PANDUAN,PIAWIAI PRESTASI, dan AKIBAT.