Posts

PERJALANAN SEBAB MUSABAB

Image
Anak saudara Abu Zalim didera sebab dia tinggal di rumah Abu Zalim, sebab Abu zalim telah kemasukan tenaga ganas, sebab ayah Abu zalim memasukkannya tenaga ganas itu, sebab kakaknya berbohong kepada ayah mereka, sebab kakaknya itu berhutang dan tidak mampu membayarnya dan berderet-deret sebab-sebab yang boleh dikaitkan. Alam dunia tempat kita tinggal ini dinamakan alam asbab, sesuatu berlaku menurut hukum sebab akibat. Orang menjadi sakit sebab termakan makanan yang mengandungi kuman. Pesakit menjadi sembuh sebab memakan ubat. Orang menjadi lapar sebab tidak makan dan menjadi kenyang sebab makan. Kes-kes yang telah dibincangkan memperlihatkan kerapian perjalanan sistem sebab akibat. Berdasarkan sistem itulah pakar jiwa dapat mengesan penyakit-penyakit yang ada dalam jiwa manusia. Sistem yang menyebabkan penyakit itu juga menimbulkan sebab sembuh daripada sakit. Setelah penyakit dikesan, diadakan pula sebab menyembuhkannya. Begitulah secara kasarnya kaedah yang digunakan oleh para dokto...

MENGENALI TENAGA PEROSAK MELALUI KACAMATA AGAMA

Image
Sepanjang perbincangan yang telah kita lalui kita cuba menghindarkan diri dari memasukkan aspek agama dengan mendalam. Kita dapati apabila kita melepaskan aspek agama maka banyak kekaburan dan kekeliruan timbul dan sukar dijelaskan. Apabila kita ‘keluarkan’ agama dari individu yang menjadi bahan kes kita dapati mereka tidak mempunyai sebarang pertahanan untuk mencegah kemasukan tenaga perosak. Tanpa agama seseorang itu akan dengan mudah dijajah dan diperalatkan untuk memenuhi kehendak kuasa yang menjajah mereka. Tanpa agama juga kita mendapati tiada satu cara yang benar-benar berkesan untuk mengubati individu yang telah ditakluki oleh kuasa penyakit dalaman. Orang yang menghidap penyakit dalaman kemanusiaannya ditekan oleh kehaiwanan. Kita cuba mengenali kuasa kehaiwanan yang menekan kemanusiaan dengan merujuk kepada ajaran agama. Kuasa kehaiwanan bekerja merosakkan kemanusiaan. Oleh itu ia adalah musuh kepada manusia. Ia juga tidak dapat dilihat oleh mata, tidak dapat dipegang dengan ...

SOSOROTAN KES-KES YANG TELAH DIBINCANGKAN

Image
Kita biasa berhadapan dengan cermin. Cermin membantu kita melihat diri kita, memudahkan kita menyikat rambut, mengenakan alat solek juga membetulkan pakaian. Ia juga menolong kita melihat uban di kepala dan melihat gigi yang berlubang. Tanpa cermin kita tidak dapat melihat diri kita. Kita akan mengalami kesukaran untuk memperkemaskan diri dan membetulkan bahagian yang tidak elok. Kes-kes yang telah dibincangkan menjadi cermin untuk kita melihat ke dalam diri sendiri supaya kita dapat melihat kecacatan yang ada di dalam serta mengenakan ubat atau penawar di mana perlu. Mencermin diri yang di dalam lebih penting daripada mencermin diri yang di luar. Diri yang di dalam menentukan arah kehidupan sementara diri yang di luar hanya mengikut. Seorang wanita boleh bersolek berjam-jam lamanya di hadapan cermin kerana dia mahu berjumpa enggan pembesar negeri. Dia sudah cukup berpuas hati melihat dirinya sudah cukup kemas dan sempurna. Malangnya apabila dia berhadapan dengan pembesar berkenaan dia...

PENYAKIT ASABIYAH

Image
Setiap manusia diciptakan dengan membawa identity khusus baginya. Identiti mula diperolehi seseorang manusia ketika dia berada di dalam sulbi bapanya, sebelum lagi dia menjadi air mani. Kemudian dia turun ke kandungan ibunya membawa bersama-samanya identity yang diwarisi daripada bapanya. Bila cukup saatnya dia pun keluar ke dunia dan nyatalah identity yang sentiasa menemaninya itu. Identiti tersebut menyebabkan dia dikenali sebagai satu individu yang menzahirkan beberapa aspek pengenalan. Identiti yang dimilikinya membuatnya dikenali sebagai seorang manusia yang boleh dibezakan dari haiwan dan makhluk yang lain. Identiti itu juga memungkinkan dia dikenali sebagai seorang manusia yang berbangsa tertentu. Identiti itu juga menyebabkan dia dikenali sebagai satu individu bagi satu keluarga atau keturunan. Identiti itu bertindak seperti kilang menghasilkan naluri-naluri mencintai sesuatu aspek yang dengannya dia dikenali. Naluri itu boleh dibahasakan sebagai perasaan atau semangat. Pada pe...

PENYAKIT KESEPIAN

Image
Kesepian biasanya dikaitkan dengan kehidupan bersendirian, tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak memperdulikan apa yang berlaku di sekeliling. Ramai orang tidak sedar bahawa kesepian boleh menimpa sesiapa sahaja termasuklah orang yang nampaknya aktif di dalam masyarakat dan sentiasa dikelilingi oleh orang ramai. Kesepian bukanlah benteng yang memisahkan jasmani seseorang daripada orang lain. Ia adalah suasana dalam jiwa. Benteng berada di dalam jiwa bukan berada di luar tubuh badan. Orang boleh berada di tengah-tengah hingar bingar pasar tetapi jiwanya berasa kesepian. Orang boleh berada di tengah-tengah hilai ketawa keluarga tetapi jiwanya berasa sepi. Orang boleh berada di tengah-tengah kesibukan pekerjaan tetapi jiwanya masih berada sepi. Orang yang gemar bersendirian pula tidak bermakna dia kesepian. Seorang pengarang lebih suka bersendirian dengan mesin taipnya tanpa dia berasa kesepian. Seorang penyair lebih suka bersendirian dengan kertas dan kalamnya tanpa dia beras...

ISTERI YANG MENGKHIANATI SUAMI

Image
Pengkhianatan isteri terhadap suami meliputi bidang yang sangat luas. Pengkhianatan yang paling besar ialah menyerahkan kehormatannya kepada lelaki lain. Menggunakan harta suami tanpa izinnya juga termasuk dalam istilah pengkhianatan. Melayan lelaki lain dengan penuh kemesraan sehingga suami berasa tersinggung juga boleh dikatakan sebagai perbuatan khianat. Selain itu satu amalan yang masih lagi berlaku di dalam masyarakat kita ialah penggunaan ubat-guna dan ilmu pengasih. Perbuatan begini juga boleh dianggap sebagai perbuatan khianat. Oleh kerana perbuatan curang merupakan perbuatan khianat yang paling besar maka kita tumpukan perbincangan kita kepada masalah ini. Kita ingin tahu apakah yang merasuk seorang perempuan sehingga dia tergamak menyerahkan kehormatannya kepada lelaki yang bukan suaminya. Kajian kes Bagi tujuan kajian, kita ikuti kisah seorang perempuan bernama Siti Muslihat. Siti Muslihat berketurunan bangsawan. Dia adalah anak yang paling dimanjai oleh ibu bapanya. Sejak ...