- Get link
- X
- Other Apps
Kakak Bukan TOM...
“Mengapa kakak?, Babah tengok muka semacam je “ Tanya saya melihat anak sulong saya seolah memendam rasa. Bersendirian duduk di pondok ditaman mini rumah kami.Tentu ada sesuatu cerita disebalik awan mendung. Kerna hati si kecil yang terlalu jujur. Amat mudah terpancar pada raut wajah. Si abang dan adik kelihatan riang tanpa menyedari kekusaman perasaan si kakak. “Asyik abang je yang menang !” rengusnya memberi maklumat. Saya memandang si abang yang riang dilambung kemenangan. Saya mulai sedikit faham. Tapi biar Rauzah terus meluah isi hatinya. Respon saya hanya dengan raut simpati tan pa suara. Ia sudah cukup menyejukkan hati si kakak. “Tadi kakak main catur dengan abang, macam semalam , abang menang lagi.” Sedih sekali. “Kakak rasa memang tak boleh kalahkan abang sampai bila-bila” si kakak membina teori sendiri untuk menegaskan situasi kesedihan dan kekalahan. Dia putus asa. Saya rasa cuak. Apabila orang hendak menyakinkan kita bahawa keupayaannya terhad, mereka berkata “Saya tak da...

Cikgu ialah yang terbaik... Terima kasih cikgu...
ReplyDelete