KEMISTERIAN PENYAKIT
Bila disebut sahaja tentang penyakit terbayanglah kepada kita penyakit-penyakit yang pernah kita alami dan dialami juga oleh orang lain. Ada penyakit yang menyerang tubuh badan dan ada penyakit yang menyerang jiwa atau perasaan. Berbagai-bagai istilah digunakan untuk membezakan di antara satu penyakit dengan penyakit yang lain. Dalam senarai nama-nama penyakit semua huruf dari A hingga ke Z digunakan, menunjukkan banyaknya penyakit-penyakit yang telah dikesan dan dikenalpasti oleh manusia. Kadang-kadang seseorang pesakit lebih takut kepada istilah penyakit daripada penyakit itu sendiri. Istilah yang paling ditakuti oleh manusia zaman ini ialah AIDS kerana ilmu perubatan belum mempunyai kemampuan yang memuaskan untuk menangani penyakit tersebut. Penyakit bukan sahaja melanda masyarakat dan manusia malah haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga berhadapan dengan penyakit. Benda-benda galian juga menghadapi penyakit. Contohnya besi, penyakitnya berkarat dan nasi pula penyakitnya ialah basi. Penyak...