Posts

Misi Bertanggungjawab

Image
Hari ini cuti persekolahan bermula. Anak-anak pulang penuh kegembiraan dan dalam fikiran hanya satu istilah iaitu BULAN KEMERDEKAAN. Istilah itu jualah yang difikirkan oleh oleh ibu dan ayah agar kemerdekaan bermakna terisi dalam tempuh sebulan ini. Malam ini suasana rumah   amat meriah dengan pelbagai topik. Satu mesyuarat keluarga perlu diadakan. Kertas A4 siap untuk menulis butiran. Si ibu pencatat minit. Perkara yang perlu dibincangkan ialah matlamat cuti tahun ini-perkara utama yang perlu dibuat-dan tugasan yang timbul daripada matlamat itu. Bermula dengan peranan si ayah..mencari duit, bayar bil, blabla..Siibu pula memasak,lipat kain,kerja kursus pengajian..blabla…dan setiap ahli keluarga menyatakan peranan, matlamat dan tanggungjawab yang perlu dilakukan..dan jadualpun dirangka untuk sehari yang akan digunakan selama sebulan dari bangun tidur hingga lelapkan kembali mata. Setiap aktiviti perlu bersumberkan HASIL YANG DIINGINI,GARIS PANDUAN,PIAWIAI PRESTASI, dan AKIBAT.

Kisah Zhu Yuanzhang

Image
“Babah, bila minyak naik, barang lain pun naiklah” kata Uwais berteori sambil membetulkan bantalnya.   “itukan macam cerita sejarah kat sekolah je.Hukum SEBAB dan AKIBAT” balas Uzair pula menambah teori. Si ayah masih diam ,dalam kepala menusun kata. Kata yang tepat, bermakna dan tidak tersilap sangka.Diam menyusun makna. Jam menunjukkan pukul 10, mereka perlu tidur dan esok perlu segar melangkah kemas ke sekolah mengisi akal. “Kalau semua harga barang naik, cukup tak gaji babah dan umie ni” tambah Uzair sedikit risau. “Nenek dan atuk di kampong lagi teruklah kan…”Uwais membalas simpati. “Mungkin kita kena kurangkan perbelanjaan yang tak berapa perlu” komentar pertama berisi solusi. Jawapan yang lebih pada tindakan sendiri agar   tidak memberi ulasan berunsur menyalahkan pihak lain. Kanak-kanak mentah mudah beremosi dan tersilap sangka. “Baik, sebelum tidur babah akan cerita satu kisah”. Uwais dan Uzair memandang dalam teka teki… Ini salah satu kisah tentang

Cerita Ibu dan Rumah Api

Image
Fikri menoleh dingin sewaktu aku menegurnya. Riak gusar dan dendam memancar dari sinar matanya. Ia dicas melalui hati dan fikirannnya. “Keluargaku musnah “, bentaknya. “Semuanya kerna ibu”, sambungnya tanpa beselindung. “Mengapa kau cakap macam tu?”, sambutku cuba mencungkil suatu kisah silam yang kuanggap membentuk wataknya kini. “Aku dibesarkan dengan penuh displin bercampur garang dan keras. Itulah juga yang dialami oleh adik beradikku yang lain. Pantang silap, apa saja yang ada di depan mata menjadi bahan yang singgah pada tubuh kami. Ucapan nasihat yang penuh berhikmah amat asing ditelinga kami. Itulah teori perlaziman yang kami alami untuk tempoh yang lama. Akhirnya aku menjadi seorang yang BARAN . “Keluarga musnah” rintihnya lagi. Sesalannya berbaur dengan menyalahkan cara dia dididik.Lebih tepat, dia menyalahkan IBU nya. Hujahnya logik. Namun mengandungi seribu penyelewengan yang merbahayakan dirinya sendiri.Dia mendendami ibunya sendiri atas kemusnahan rumahtangganya disebabk

Hakikat Sistem Sebab Musabab( Satu Kesimpulan Perbincangan)

Image
Setelah mengupas sistem sebab musabab selapis demi selapis bolehlah kita susunkan lapisan-lapisannya seperti berikut: 1: Ikhtiar atau perbuatan lahir menjadi sebab musabab 2: Rangsangan syaitan menjadi sebab musabab 3: Perbuatan makhluk halus menjadi sebab musabab 4: Perbuatan dosa menjadi sebab musabab 5: Ilham malaikat menjadi sebab musabab 6: Tindakan malaikat menjadi sebab musabab 7: Doa menjadi sebab musabab 8: Amanah Allah s.w.t menjadi sebab musabab 9: Zikir menjadi sebab musabab 10:Ketentuan azali menjadi sebab musabab Semua sebab musabab di atas menjadi nyata apabila sebab musabab yang pertama berlaku. Berbagai-bagai tenaga sebab musabab berkumpul di dalam sebab musabab yang pertama itu. Tujuan daripada sebab musabab yang pertama hingga ke sembilan adalah untuk menyatakan sebab musabab yang ke sepuluh, iaitulah ketentuan pada azali. Manusia secara umumnya memandang sebab musabab yang pertama secara sendirian tanpa dikaitkan dengan yang lain-lain. Jika ikhtiar tidak me

Kata-kata

Image
Aku terperanjat apabila bahuku ditepuk. “Aku runsinglah Zizi “ sapaku tanpa hujung pangkal. “Kenapa?” “Seseorang yang rapat denganku membuatkan aku geram dan kecewa kerana tidak berubah sikapnya sejak muda”, Jawabku tanpa niat untuk menyatakan siapa “seseorang “ itu. “Seseorang yang terlalu rapat dan nampak kau seolah terperangkap dalam serba salah,” Zizi cuba memancing dan menduga. “Begitulah” jawabku ringkas. “Ya, dia mempunyai sikap suka memceritakan sesuatu yang orang yang dikatakan itu tidak suka, walaupun ia benar. Namun, dia sering memceritakan tentang sesiapa sahaja kepadaku yang tidak disenanginya sehinggga aku hanyut menyimpan prasangka kepada orang diceritakan itu. Sehingga aku dengan mereka yang diceritakan itu menjadi renggang. Mereka juga orang yang rapat dengan ku.” Luahku panjang lebar.Azizi terus mendengar tanpa komen. “Setiap kali bertemunya, dia tetap begitu hingga aku lemas dan rimas.Aku kini mengerti itulah racun yang mengganggu hubunganku dengan orang-orang yan

SEBAB MUSABAB YANG LEBIH GHAIB

Image
Dalam bab yang lalu kita telah temui perjalanan sebab musabab pada rel dosa. Dosa menjadi sebab seseorang itu dihukum dengan bala dan bencana. Apakah yang dimaksudkan dengan dosa? "Perbuatan dosa menyempitkan dada kamu dan kamu tidak mahu orang lain tahu perbuatan kamu". (Maksud Hadis). Bala bencana yang dikenakan kepada seseorang kerana dosanya akan membuat orang itu berasa sempit dadanya, resa gelisah, takut perbuatannya diketahui orang lain dan tidak sabar menanggung bala tersebut. Orang ini juga tidak dapat melakukan taat kepada Tuhan lantaran hanyut dengan emosinya. Dia suka menceritakan kesusahan yang menimpanya kepada sesiapa sahaja yang dijumpainya. Cerita mengenai nasib malangnya menjadi cerita yang paling fasih diucapkan oleh lidahnya. Biasanya nasib malangnya itu dikaitkan dengan perbuatan orang lain. Dia rasa teraniaya. Orang hanya dapat mendengarnya merungut dan tidak dapat mendengarnya melahirkan rasa bersyukur walau banyak mana nikmat yang masih ada dengannya.