Posts

Showing posts from February, 2012

Cerita Ibu dan Rumah Api

Image
Fikri menoleh dingin sewaktu aku menegurnya. Riak gusar dan dendam memancar dari sinar matanya. Ia dicas melalui hati dan fikirannnya.

“Keluargaku musnah “, bentaknya. “Semuanya kerna ibu”, sambungnya tanpa beselindung.
“Mengapa kau cakap macam tu?”, sambutku cuba mencungkil suatu kisah silam yang kuanggap membentuk wataknya kini.

“Aku dibesarkan dengan penuh displin bercampur garang dan keras. Itulah juga yang dialami oleh adik beradikku yang lain. Pantang silap, apa saja yang ada di depan mata menjadi bahan yang singgah pada tubuh kami. Ucapan nasihat yang penuh berhikmah amat asing ditelinga kami. Itulah teori perlaziman yang kami alami untuk tempoh yang lama. Akhirnya aku menjadi seorang yang BARAN.

“Keluarga musnah” rintihnya lagi. Sesalannya berbaur dengan menyalahkan cara dia dididik.Lebih tepat, dia menyalahkan IBUnya. Hujahnya logik. Namun mengandungi seribu penyelewengan yang merbahayakan dirinya sendiri.Dia mendendami ibunya sendiri atas kemusnahan rumahtangganya disebabkan did…