Posts

Showing posts from April, 2011

SEBAB MUSABAB YANG LEBIH GHAIB

Image
Dalam bab yang lalu kita telah temui perjalanan sebab musabab pada rel dosa. Dosa menjadi sebab seseorang itu dihukum dengan bala dan bencana. Apakah yang dimaksudkan dengan dosa? "Perbuatan dosa menyempitkan dada kamu dan kamu tidak mahu orang lain tahu perbuatan kamu". (Maksud Hadis). Bala bencana yang dikenakan kepada seseorang kerana dosanya akan membuat orang itu berasa sempit dadanya, resa gelisah, takut perbuatannya diketahui orang lain dan tidak sabar menanggung bala tersebut. Orang ini juga tidak dapat melakukan taat kepada Tuhan lantaran hanyut dengan emosinya. Dia suka menceritakan kesusahan yang menimpanya kepada sesiapa sahaja yang dijumpainya. Cerita mengenai nasib malangnya menjadi cerita yang paling fasih diucapkan oleh lidahnya. Biasanya nasib malangnya itu dikaitkan dengan perbuatan orang lain. Dia rasa teraniaya. Orang hanya dapat mendengarnya merungut dan tidak dapat mendengarnya melahirkan rasa bersyukur walau banyak mana nikmat yang masih ada dengannya.