Friday, June 10, 2011

Kata-kata


Aku terperanjat apabila bahuku ditepuk.
“Aku runsinglah Zizi “ sapaku tanpa hujung pangkal. “Kenapa?”

“Seseorang yang rapat denganku membuatkan aku geram dan kecewa kerana tidak berubah sikapnya sejak muda”, Jawabku tanpa niat untuk menyatakan siapa “seseorang “ itu.

“Seseorang yang terlalu rapat dan nampak kau seolah terperangkap dalam serba salah,” Zizi cuba memancing dan menduga. “Begitulah” jawabku ringkas.

“Ya, dia mempunyai sikap suka memceritakan sesuatu yang orang yang dikatakan itu tidak suka, walaupun ia benar. Namun, dia sering memceritakan tentang sesiapa sahaja kepadaku yang tidak disenanginya sehinggga aku hanyut menyimpan prasangka kepada orang diceritakan itu. Sehingga aku dengan mereka yang diceritakan itu menjadi renggang. Mereka juga orang yang rapat dengan ku.” Luahku panjang lebar.Azizi terus mendengar tanpa komen.

“Setiap kali bertemunya, dia tetap begitu hingga aku lemas dan rimas.Aku kini mengerti itulah racun yang mengganggu hubunganku dengan orang-orang yang diceritakannya.Aku menceritakan pada kau bukan untuk menyalahnya. Tapi sekadar meluahkan tentang suatu kisah lampau yang memberi kesan pada diriku dan solusi untuk aku menghadapinya untuk masa kini.”

Aku simpati dengan gelodak jiwa kau.Kau sekarang rasa bersalah kerana berprasangka buruk dan tidak bertimbang rasa terhadap orang yang dia ceritakan itu. Maksudku diantara dua orang yang rapat kau memilih untuk menyokong satu pendapat tanpa mempertimbangkan keadaan seorang lagi. Akhirnya kau merasai dia meracuni pemikiranmu. Apabila kau sedar tentang itu, kau rasa geram dan kecewa.”

Aku tunduk setuju kerana aku sayangkan semua yang akrab denganku. Apabila orang lain mengetahui dia mencerita kebukannya kepada orang lain, seseorang akan rasa dikhianati. Lebih-lebih lagi seseorang itu orang yang rapat, dihormati dan disayangi. Setelah itu kasih sayang akan teruji dengan dendam . Dendam timbul selepas perasaan dikhianati.

“Terus sayangi setiap mereka” kata Zizi memberi kesimpulan. Itulah yang bersarang dihati untuk ku nekadkan menjadi tindakan.

"Aku tidak mampu mmemberi jawapan yang amat memuaskan kau. Kerna hidupmu dengan orang itu berlansung amat lama daripada aku yang kekurangan maklumat. aku takut aku tersalah persepsi. kau lebih mengenalinya." luahan Zizi jujur.

“Terima kasih Zizi, mendengar luahanku,”

“Aku tahu kau tahu apa yang harus dilakukan, Cuma kau mahukan tempat luahan. Seperti Rasululah di dampingi Saidina Abu Bakar dan Saidina Khadijah. Itulah kekuatan Rasululah mencari solusi dalam kehidupannya yang penuh cabaran dan dugaan.” Kata Zizi sebelum mengalih tajuk perbualan.


Itulah. Teman meluahkan.Memahami realiti sebab musabab untuk menuju musabab terbaik.

Agar kita terus dilimpahi kasih sayangNya untuk menghadapi orang-orang yang kita sayangi .

“Ya Allah lindungilah kami dari menyatakan perkataan negetif kepada orang yang kami amat sayangi.”

Kerana ia meruntuhkan binaan kasih sayang yang sedia ada. Untuk mendirikan semula pengorbanan amat diperlukan. Kita perlu korbankan sikap SUKARNYA MEMOHON MAAF.