Posts

Showing posts from November, 2014

Kisah Zhu Yuanzhang

Image
“Babah, bila minyak naik, barang lain pun naiklah” kata Uwais berteori sambil membetulkan bantalnya.
“itukan macam cerita sejarah kat sekolah je.Hukum SEBAB dan AKIBAT” balas Uzair pula menambah teori.
Si ayah masih diam ,dalam kepala menusun kata. Kata yang tepat, bermakna dan tidak tersilap sangka.Diam menyusun makna.
Jam menunjukkan pukul 10, mereka perlu tidur dan esok perlu segar melangkah kemas ke sekolah mengisi akal.
“Kalau semua harga barang naik, cukup tak gaji babah dan umie ni” tambah Uzair sedikit risau.
“Nenek dan atuk di kampong lagi teruklah kan…”Uwais membalas simpati.
“Mungkin kita kena kurangkan perbelanjaan yang tak berapa perlu” komentar pertama berisi solusi. Jawapan yang lebih pada tindakan sendiri agartidak memberi ulasan berunsur menyalahkan pihak lain. Kanak-kanak mentah mudah beremosi dan tersilap sangka.
“Baik, sebelum tidur babah akan cerita satu kisah”. Uwais dan Uzair memandang dalam teka teki…
Ini salah satu kisah tentang ZHU YUANZHANG, Pembina Dinasti Ming. S…