Posts

Showing posts from December, 2009

Pantulan Cermin

Image
"Kenapa Uzair menangis ni.." saya menyoal anak bongsu yang sering mengalami perasaan tidak puas hati.Seringkali inginkan bantuan untuk merasa selamat secara emosi dan fizikal. "Abang ejek Uzair budak suka menangis dan kuat merajuk" katanya sambil memandang abangnya dengan perasaan geram. "Abang, kenapa ejek adik,abang nak mulakan pergaduhan ke.." Saya terus menyoal untuk mendapat kepastian. "Tadi uzair yang mula ejek abang kedekut, bukan abang tak bagi pinjam tapi tunggulah dulu" pembelaan diri daripada si abang. Rahsia sebab musabab mula terungkai sedikit demi sedikit. Uzair merasa tergugat dengan penjelasan si abang dan mula merasa memulakan situasi ejek- mengejek. "Kemudian abang ejek uzair balik" Balas saya sedikit geram. Tindakan berbalas-balas kerana merasa wajar membalas serangan lawan. Kedua anak saya tertunduk mungkin mula merasa bersalah. Insiden yang sering melanda adik beradik. Tidak kira semasa kecil dan akan merebak sehing

Susahnya Soalan

Image
"Babah dan Umi, kenapa orang tu tak pakai tudung, kan dia dah besar?", soal Rauzah sepontan apabila situasi yang berlawanan dengan adab islamik yang telah dipelajarinya.Soalan yang sarat dan berat untuk dijawab secara spontan. Soalan yang berat dengan persepsi dan penilaian. Bagaimana rangka penilaian kanak-kanak. Ibubapa terpaksa berfikir sejenak sebelum mengeluarkan solusi. "Apa yang kakak fikirkan ?" tanya uminya mencungkil buah minda yang teruja sedikit keliru. "Hukumnya berdosakan , kakak darjah 2 pun tahu tentang tu, kenapa dia dah besar masih tak faham ? keluar lagi kenyataan penilaian yang dah bebaur hukuman. Sebagai ibubapa kita sering dihujani soalan-soalan sedemikian. Kenapa kakak tu tak sembahyang. Kenapa orang tu tak puasa. kenapa..kenapa dan kenapa yang diluar kotak persepsinya dan diluar corak kehidupan yang telah dilaluinya dalam alam keluarga dan alam persekolahan. Pengetahuan dan realiti yang berbeza. Itulah yang di luar dunianya. "Kakak

Meneutralkan Energi Terpendam

Image
Setelah lebih kurang dua minggu tanpa aktiviti di luar anak-anak mula nampak gelisah. Si Uminya pula terlalu sibuk dengan kursus dan komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan. Keresahan yang amat misteri dalam jiwa kanak-kanak. "Baba, kita tak de pergi mama-mana ke ? " luahan keresahan awal yang terbuku dalam Jiwa si Adib, anak kedua saya. Kemudian di sokong oleh adik dan kakaknya. Seolah telah berpakat untuk membuat satu tuntutan. Dan luahan yang telah difahami dan perlu diselesaikan. Hakikatnya, energi dalamannya mula memberontak untuk keluar setelah dikurung oleh aktiviti rutin yang membosankan mereka. Mereka menyuarakan untuk dibantu oleh ibubapa untuk memahami dan mencari jalan meredakan gejolak jiwanya. Bukan tiada aktiviti yang mereka lakukan.Berbasikal keliling taman, menonton,bermain game, berlari ke sana kemari seharian suntuk. Tetapi mereka mulai bosan dengan aktiviti sekitar rumah sahaja. mereka mahu aktiviti luaran. Senergi terpendam ini memang menunggu untuk dle