Posts

Showing posts from March, 2011

PERJALANAN SEBAB MUSABAB

Image
Anak saudara Abu Zalim didera sebab dia tinggal di rumah Abu Zalim, sebab Abu zalim telah kemasukan tenaga ganas, sebab ayah Abu zalim memasukkannya tenaga ganas itu, sebab kakaknya berbohong kepada ayah mereka, sebab kakaknya itu berhutang dan tidak mampu membayarnya dan berderet-deret sebab-sebab yang boleh dikaitkan. Alam dunia tempat kita tinggal ini dinamakan alam asbab, sesuatu berlaku menurut hukum sebab akibat. Orang menjadi sakit sebab termakan makanan yang mengandungi kuman. Pesakit menjadi sembuh sebab memakan ubat. Orang menjadi lapar sebab tidak makan dan menjadi kenyang sebab makan.

Kes-kes yang telah dibincangkan memperlihatkan kerapian perjalanan sistem sebab akibat. Berdasarkan sistem itulah pakar jiwa dapat mengesan penyakit-penyakit yang ada dalam jiwa manusia. Sistem yang menyebabkan penyakit itu juga menimbulkan sebab sembuh daripada sakit. Setelah penyakit dikesan, diadakan pula sebab menyembuhkannya. Begitulah secara kasarnya kaedah yang digunakan oleh para dokto…