Posts

Showing posts from February, 2011

MENGENALI TENAGA PEROSAK MELALUI KACAMATA AGAMA

Image
Sepanjang perbincangan yang telah kita lalui kita cuba menghindarkan diri dari memasukkan aspek agama dengan mendalam. Kita dapati apabila kita melepaskan aspek agama maka banyak kekaburan dan kekeliruan timbul dan sukar dijelaskan. Apabila kita ‘keluarkan’ agama dari individu yang menjadi bahan kes kita dapati mereka tidak mempunyai sebarang pertahanan untuk mencegah kemasukan tenaga perosak. Tanpa agama seseorang itu akan dengan mudah dijajah dan diperalatkan untuk memenuhi kehendak kuasa yang menjajah mereka. Tanpa agama juga kita mendapati tiada satu cara yang benar-benar berkesan untuk mengubati individu yang telah ditakluki oleh kuasa penyakit dalaman. Orang yang menghidap penyakit dalaman kemanusiaannya ditekan oleh kehaiwanan. Kita cuba mengenali kuasa kehaiwanan yang menekan kemanusiaan dengan merujuk kepada ajaran agama. Kuasa kehaiwanan bekerja merosakkan kemanusiaan. Oleh itu ia adalah musuh kepada manusia. Ia juga tidak dapat dilihat oleh mata, tidak dapat dipegang dengan

SOSOROTAN KES-KES YANG TELAH DIBINCANGKAN

Image
Kita biasa berhadapan dengan cermin. Cermin membantu kita melihat diri kita, memudahkan kita menyikat rambut, mengenakan alat solek juga membetulkan pakaian. Ia juga menolong kita melihat uban di kepala dan melihat gigi yang berlubang. Tanpa cermin kita tidak dapat melihat diri kita. Kita akan mengalami kesukaran untuk memperkemaskan diri dan membetulkan bahagian yang tidak elok. Kes-kes yang telah dibincangkan menjadi cermin untuk kita melihat ke dalam diri sendiri supaya kita dapat melihat kecacatan yang ada di dalam serta mengenakan ubat atau penawar di mana perlu. Mencermin diri yang di dalam lebih penting daripada mencermin diri yang di luar. Diri yang di dalam menentukan arah kehidupan sementara diri yang di luar hanya mengikut. Seorang wanita boleh bersolek berjam-jam lamanya di hadapan cermin kerana dia mahu berjumpa enggan pembesar negeri. Dia sudah cukup berpuas hati melihat dirinya sudah cukup kemas dan sempurna. Malangnya apabila dia berhadapan dengan pembesar berkenaan dia