Posts

Showing posts from January, 2010

Mengapa Aku Ada Keluarga ?

Image
Dipetik dari buku “FOLLOW YOUR HEART “- Andrew Matthews


Keluarga direka(dianugerahi Allah ) untuk mengajar kita tentang kasih sayang tanpa syarat. Anda boleh tinggalkan rakan-rakan sekerja di pejabat dan kawan-kawan di kedai minum. Tetapi lain halnya dengan keluarga. Anda terikat dengan manusia-manusia yang tahu reaksi anda- dan anda terpaksa belajar menyayangi mereka.

Dalam keluarga, kita belajar untuk mengghargai orang lain tak kira bagaimana rupa mereka atau apa mereka buat untuk kita. Kita berlajar menyayangi dari dalam. Dalam cerita The Velveteen Rabbit, Skin Horse nampaknya bercakap tentang kasih sayang tanpa syarat :


“Anda tidak dicipta benar. Benar berlaku kepada anda. Bila seorang kanak-kanak sayangkan anda lama(mendalam), begitu lama sekali, bukan hanya untuk bermain dengan anda, tetapi BENAR-BENAR sayangkan anda, anda menjadi Benar…..Ini tidak berlaku serta merta anda menjadi begitu. Mengambil masa yang lama. Itulah sebabnya ini tidak berlaku kepada mereka yang mudah patah,…

Kasih Sayang Dan Ketakutan

Image
Midon dijangka berjanji sampai pukul sepuluh malam. Tetapi telah lewat 1 jam setengah. Kesesakan kerana kemalangan jalan raya. Beteri telefon bimbit kehabisan kuasa. Untuk singgah di mana ? Sukar. Suhaila runsing tidak terkira. “Apasal tak sampai lagi..?”Rimas sambil melihat jam. Akhirnya , Midon sampai dengan selamat. Tidak ada apa-apa. Sihat. Suhaila terus membentak, seolah berkata “ Kalau abang balik selewat ini, paling tidak patut ditimpa kemalangan tadi”

Midon yang keletihan, membalas dengan lantang juga.Lalu terjadi mogok bisu. Ada juga pergaduhan besar sehingga bercerai berai. Halnya . KOMUNIKASI. Walaupun sebenarnya ia menyuarakan sayang. Komunikasi yang diterbalikkan.

Kami dan kita tidak terlepas dari perkara sebegini. Alam rumahtangga yang diibaratkan belayar di lautan lepas. Adakala tenang bahgia. Seketika badai menerpa. Kesabaran adalah pendayung berharga.

Itulah tandanya dalam SAYANG, disulami KETAKUTAN. “Sayang dan Takut”. Perlukan komunikasi jujur.

Jamilah berkata “ Kalau…

Alangkah Bagusnya Menjadi Dia ?

Image
Adakalanya saya lihat hidup orang lain ,lalu berkata, “ Umie, tengok keluarga Si X tu, nampak sentiasa gembira dan bahgia “. “ Mereka begitu bertuahkan umi”. Menyuarakan kekaguman.

“Umie, tengok Si Y tu, baru habis Master, nak sambung PHD pulak.Bestkan..”

Si Kakak pula berkata,
“Babah, kakak susah betul kalahkan Ilysa..asyik nombor 2 je kakak…”

Begitulah kita membuat perbandingan. Dan jangan lupa melihat sebabnya mereka BERTUAH.Ada yang lebih ekstrem lagi. Ahmad naik pangkat, lalu kita bertanya “Bagaimana dia boleh dikira naik pangkat?”BAGAIMANA....

“Mengapa dia….”.”Mengapa bukan aku…” Dan banyak lagi perkara yang tidak menyebelahi kita. Ke mana perginya hukum sebab dan akibat. Kita keliru, tetapi hukum SEBAB dan AKIBAT berlansung bagi setiap manusia.Sifatnya sama ,tidak kira hal keagamaan dan keduniaan.

“Kalau hidup saya tidak berkembang maju, kaji apa yang saya buat” kata saya insaf.
Kita tidak pernah mendengar sesiapa berkata “ Saya bangun subuh-subuh.Saya menjaga badan dengan bersenam…

Katakan Tahu, Katakan Mahu, Katakan Mampu...

Image
“Babah, badan umi ni makin naik lah. Babah perasan tak ?” suatu petang isteri saya membenarkan kenyataan yang telah lama bersarang dalam hati.

“OK je, naik berapa kilo dah”Saya menjawab. Tanpa sengaja ayat agak gagap dan saling bertentangan fakta.

“Tadi timbang dah X kilo.., macam-macam dah dilakukan tapi akhirnya kembali melanggar prinsip”katanya seolah mula berputus asa. Situasi yang sukar sekali untuk menyusun ayat. Menyatakan reality bermakna menyatakan soal kesedaran-kendiri. Bermakna terpaksa merungkai perbezaan antara sikap keproaktifan dan reaktif. Method berhikmah diperlukan kini. Tanpa menyinggung , akhirnya menyatakan semuanya OK. Si isteri disahkan kemudian rela dengan saiz sedia ada.

“Umi dah bertindak, tapi hasilnya masih belum memuaskan. Kita teruskan usaha ye sayang.. “ saya mula ingin menjual penyelesaian. Memandunya. Bukan merendahkannya. Tetapi kadang-kadang terpaksa mengesahkan tindakannya yang kurang sempuna. Bukan bermaksud merendahkan.

Jadikan diri sebagai cahaya…

Mulakan Dengan Bismillah....

Image
“Babah, rasa malaslah nak rekod buku NILAM. Letih sangat. ” anak saya merungut ketiadaan semangat. Setelah sebulan lebih bercuti, diberi sedikit kelonggaran dengan aktiviti akademik.Hatinya mula meronta. Nafsunya mula membisik. Dan akalnya pula ikut membeku.Akal,hati dan nafsu mula saling menguasai. Ternyata nafsulah yang mula mengepalai hati dan akal membentuk tabiat negetif.

“Kakak kan dah lama rehat.”kata saya teragak-agak. Amat sukar mengeluarkan solusi. Hakikatnya saya juga juga telah lama berehat. Dan memulakan sesi persekolah 2010 dengan nafsu menguasai hati. Aduh..!!

“Rauzah, babah pun sama macam kakak “ kata saya dalam hati. Lemah, letih, dan tidak bersemangat. Apa yang harus saya hujahi pada anak ini ?? Bicara terhenti. Saya sekadar memandang Rauzah merekodkan bacaannya dengan muka yang sugul dan sesekali menjeling ke televisyen yang mula menjadi “best friend”nya sebulan ini. Dijelingnya pula basikal merahnya yang mulai berehat panjang. Pertukaran musim.

“Bah, esok sekolah ye.…

Dari Dalam - Ke- Luar

Image
“Abang tak sukalah kalau ada kakak dan adik macam ni…” Adib mengomel mengadu pada saya tentang ketidakpuashatiannya. Ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin sesuatu yang biasa dan hari ini perlu diperbetulkan agar tidak menjadi barah tabiat kelak.

“Macam ada benda yang tak best je, bang..” saya cuba memahami agar terkeluar lagi maklumat.

“Kakak dan Uzair tak nak main dengan abang. Diaorang macam tak suka abang nak main sama.”luahnya lagi diselangi nada menangis yang bukan raungan. Kesakitan yang rasanya hanya di dalam. HATI.

“ Mesti best kalau ada kakak dan adik yang sayangkan abang” Adib terus memandang keluar. Dan tidak lansung memandang ke dalam dirinya. Tidak sedar dirinya PENYUMBANG tegar.Tapi saya sedar.!! Kelembutan yang dapat melenturkan egonya disaat kesedihan ini. Rasa kecewanya bertambah dengan pemikirannya itu.

Pernahkah kita perhatikan, apabila kita meninggalkan rumah atau pejabat dalam keadaan marah, orang lain seolah-olah hendak menghimpit kita agar terbabas ke luar jalan. Pe…

Kakak Bukan TOM...

Image
“Mengapa kakak?, Babah tengok muka semacam je “ Tanya saya melihat anak sulong saya seolah memendam rasa. Bersendirian duduk di pondok ditaman mini rumah kami.Tentu ada sesuatu cerita disebalik awan mendung. Kerna hati si kecil yang terlalu jujur. Amat mudah terpancar pada raut wajah. Si abang dan adik kelihatan riang tanpa menyedari kekusaman perasaan si kakak.

“Asyik abang je yang menang !” rengusnya memberi maklumat. Saya memandang si abang yang riang dilambung kemenangan. Saya mulai sedikit faham. Tapi biar Rauzah terus meluah isi hatinya. Respon saya hanya dengan raut simpati tan pa suara. Ia sudah cukup menyejukkan hati si kakak.

“Tadi kakak main catur dengan abang, macam semalam , abang menang lagi.” Sedih sekali.

“Kakak rasa memang tak boleh kalahkan abang sampai bila-bila” si kakak membina teori sendiri untuk menegaskan situasi kesedihan dan kekalahan. Dia putus asa. Saya rasa cuak.

Apabila orang hendak menyakinkan kita bahawa keupayaannya terhad, mereka berkata “Saya tak dapat…

Mengapa Aku Memerlukan Bencana

Image
Kebanyakan kita belajar hanya setelah kepala terhantuk! Mengapa?
Kerana lebih senang tidak berubah. Jadi kita terus sahaja buat apa yang kita buat sampai terlanggar tembok. Contohnya, kesihatan kita.Bilakah kita mengubah pemakanan dan mula bersenam.? Apabila badan kita sudah teruk- apabila doktor berkata : “ Kalau tak ubah cara hidup, maknanya mencari maut!”Barulah kita tiba-tiba mahu berubah.
Apabila jantung sudah benar-benar nazak, barulah terpacul perkataan “ Aku kena berhenti merokok segera “

Dalam hubungan – bilakah selalunya kita menyatakan kasih sayang? Apabila rumahtangga hampir runtuh, apabila keluarga sudah dekat porak peranda.!
Dalam pelajaran – bilakah kita mula tekun belajar? Apabila kita nyaris gagal atau telah gagal.

Dalam perniagaan-bilakah kita mencuba fikiran baru dan membuat keputusan yang sukar? Apabila bil bertimbun tak berbayar.Bilakah kita akhirnya belajar melayan pelanggan? Setelah semua pelanggan angkat kaki!
Sebagai guru – Bila kawan lain dah lulus PTK! Bila GB at…