Posts

Showing posts from 2011

Hakikat Sistem Sebab Musabab( Satu Kesimpulan Perbincangan)

Image
Setelah mengupas sistem sebab musabab selapis demi selapis bolehlah kita susunkan lapisan-lapisannya seperti berikut: 1: Ikhtiar atau perbuatan lahir menjadi sebab musabab 2: Rangsangan syaitan menjadi sebab musabab 3: Perbuatan makhluk halus menjadi sebab musabab 4: Perbuatan dosa menjadi sebab musabab 5: Ilham malaikat menjadi sebab musabab 6: Tindakan malaikat menjadi sebab musabab 7: Doa menjadi sebab musabab 8: Amanah Allah s.w.t menjadi sebab musabab 9: Zikir menjadi sebab musabab 10:Ketentuan azali menjadi sebab musabab Semua sebab musabab di atas menjadi nyata apabila sebab musabab yang pertama berlaku. Berbagai-bagai tenaga sebab musabab berkumpul di dalam sebab musabab yang pertama itu. Tujuan daripada sebab musabab yang pertama hingga ke sembilan adalah untuk menyatakan sebab musabab yang ke sepuluh, iaitulah ketentuan pada azali. Manusia secara umumnya memandang sebab musabab yang pertama secara sendirian tanpa dikaitkan dengan yang lain-lain. Jika ikhtiar tidak me

Kata-kata

Image
Aku terperanjat apabila bahuku ditepuk. “Aku runsinglah Zizi “ sapaku tanpa hujung pangkal. “Kenapa?” “Seseorang yang rapat denganku membuatkan aku geram dan kecewa kerana tidak berubah sikapnya sejak muda”, Jawabku tanpa niat untuk menyatakan siapa “seseorang “ itu. “Seseorang yang terlalu rapat dan nampak kau seolah terperangkap dalam serba salah,” Zizi cuba memancing dan menduga. “Begitulah” jawabku ringkas. “Ya, dia mempunyai sikap suka memceritakan sesuatu yang orang yang dikatakan itu tidak suka, walaupun ia benar. Namun, dia sering memceritakan tentang sesiapa sahaja kepadaku yang tidak disenanginya sehinggga aku hanyut menyimpan prasangka kepada orang diceritakan itu. Sehingga aku dengan mereka yang diceritakan itu menjadi renggang. Mereka juga orang yang rapat dengan ku.” Luahku panjang lebar.Azizi terus mendengar tanpa komen. “Setiap kali bertemunya, dia tetap begitu hingga aku lemas dan rimas.Aku kini mengerti itulah racun yang mengganggu hubunganku dengan orang-orang yan

SEBAB MUSABAB YANG LEBIH GHAIB

Image
Dalam bab yang lalu kita telah temui perjalanan sebab musabab pada rel dosa. Dosa menjadi sebab seseorang itu dihukum dengan bala dan bencana. Apakah yang dimaksudkan dengan dosa? "Perbuatan dosa menyempitkan dada kamu dan kamu tidak mahu orang lain tahu perbuatan kamu". (Maksud Hadis). Bala bencana yang dikenakan kepada seseorang kerana dosanya akan membuat orang itu berasa sempit dadanya, resa gelisah, takut perbuatannya diketahui orang lain dan tidak sabar menanggung bala tersebut. Orang ini juga tidak dapat melakukan taat kepada Tuhan lantaran hanyut dengan emosinya. Dia suka menceritakan kesusahan yang menimpanya kepada sesiapa sahaja yang dijumpainya. Cerita mengenai nasib malangnya menjadi cerita yang paling fasih diucapkan oleh lidahnya. Biasanya nasib malangnya itu dikaitkan dengan perbuatan orang lain. Dia rasa teraniaya. Orang hanya dapat mendengarnya merungut dan tidak dapat mendengarnya melahirkan rasa bersyukur walau banyak mana nikmat yang masih ada dengannya.

PERJALANAN SEBAB MUSABAB

Image
Anak saudara Abu Zalim didera sebab dia tinggal di rumah Abu Zalim, sebab Abu zalim telah kemasukan tenaga ganas, sebab ayah Abu zalim memasukkannya tenaga ganas itu, sebab kakaknya berbohong kepada ayah mereka, sebab kakaknya itu berhutang dan tidak mampu membayarnya dan berderet-deret sebab-sebab yang boleh dikaitkan. Alam dunia tempat kita tinggal ini dinamakan alam asbab, sesuatu berlaku menurut hukum sebab akibat. Orang menjadi sakit sebab termakan makanan yang mengandungi kuman. Pesakit menjadi sembuh sebab memakan ubat. Orang menjadi lapar sebab tidak makan dan menjadi kenyang sebab makan. Kes-kes yang telah dibincangkan memperlihatkan kerapian perjalanan sistem sebab akibat. Berdasarkan sistem itulah pakar jiwa dapat mengesan penyakit-penyakit yang ada dalam jiwa manusia. Sistem yang menyebabkan penyakit itu juga menimbulkan sebab sembuh daripada sakit. Setelah penyakit dikesan, diadakan pula sebab menyembuhkannya. Begitulah secara kasarnya kaedah yang digunakan oleh para dokto

MENGENALI TENAGA PEROSAK MELALUI KACAMATA AGAMA

Image
Sepanjang perbincangan yang telah kita lalui kita cuba menghindarkan diri dari memasukkan aspek agama dengan mendalam. Kita dapati apabila kita melepaskan aspek agama maka banyak kekaburan dan kekeliruan timbul dan sukar dijelaskan. Apabila kita ‘keluarkan’ agama dari individu yang menjadi bahan kes kita dapati mereka tidak mempunyai sebarang pertahanan untuk mencegah kemasukan tenaga perosak. Tanpa agama seseorang itu akan dengan mudah dijajah dan diperalatkan untuk memenuhi kehendak kuasa yang menjajah mereka. Tanpa agama juga kita mendapati tiada satu cara yang benar-benar berkesan untuk mengubati individu yang telah ditakluki oleh kuasa penyakit dalaman. Orang yang menghidap penyakit dalaman kemanusiaannya ditekan oleh kehaiwanan. Kita cuba mengenali kuasa kehaiwanan yang menekan kemanusiaan dengan merujuk kepada ajaran agama. Kuasa kehaiwanan bekerja merosakkan kemanusiaan. Oleh itu ia adalah musuh kepada manusia. Ia juga tidak dapat dilihat oleh mata, tidak dapat dipegang dengan