Posts

Showing posts from 2010

PENYAKIT GANAS DAN KEJAM

Image
Manusia secara umumnya memang mempunyai keupayaan untuk bertindak ganas dan kejam. Emosi negatif ini boleh muncul dalam bentuk perkataan dan perbuatan. Dalam diri manusia memang ada ‘kilang’ yang menghasilkan keganasan. Perkataan memaki hamun dan mencarut dikeluarkan oleh kilang ini. Perbuatan memukul dan merosak juga merupakan hasil kilang yang sama. Keganasan ini tidak semestinya ditujukan kepada sesama manusia, malah ditujukan juga kepada binatang dan benda. Perbuatan memukul binatang dan mengoyakkan pakaian boleh diistilahkan sebagai ganas. Ada juga perbuatan yang zahirnya kelihatan ganas tetapi merupakan perbuatan yang terpuji. Seorang yang bertindak ganas kerana mempertahankan harta dan maruahnya adalah melakukan perbuatan yang terpuji. Orang yang bertindak ganas kerana mencerobohi hak orang lain adalah berbuat keganasan yang dikeji. Perbezaan antara dua bentuk perbuatan itu adalah yang terpuji itu disertai oleh perasaan peri-kemanusiaan sementara yang dikeji itu dilakukan tanpa

PENYAKIT KETAGIH KERJA

Image
Ketagih kerja merupakan satu fenomena hidup yang popular di kalangan masyarakat dunia hari ini. Orang yang ketagih kerja samalah seperti orang yang ketagih arak dan dadah. Dia merasakan sesuatu tidak kena pada dirinya melainkan jika dia berada dalam suasana pekerjaannya, samada dia melakukan pekerjaan ataupun memikirkan tentang pekerjaan. Dia pergi ke tempat kerjanya lebih awal daripada pekerja-pekerja lain dan dia pulang paling lewat. Dia biasa pergi ke pejabatnya pada waktu malam untuk menyiapkan kerjanya. Dia juga biasa membawa pulang fail-fail pejabat ke rumah untuk disiapkan Sebelum menjelang waktu kerja pagi esoknya. Dia memberus gigi sambil memikirkan tentang kerjanya. Dia bersarapan sambil memikirkan tentang kerjanya. Dia memandu kereta sambil memikirkan tentang kerjanya. Dia berjalan sambil memikirkan tentang kerjanya. Walaupun kebanyakan daripada masa sudah dihabiskan untuk kerja namun, dia masih merasakan masih ada kerja yang belum diselesaikannya. Dia masih juga mecari pel

Bom Jangka Dalam Diri

Image
Setiap individu membawa bersama-sama bom jangkanya. Sekali sekala masyarakat dikejutkan oleh bom jangka yang sudah sampai masa untuk meletup. Masyarakat menganggapnya sebagai satu Kejadian yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian. Peristiwa yang mengejutkan itu diperkatakan beberapa ketika kemudian dilupakan. Masyarakat lupa bahawa banyak lagi bom yang belum meletup. Tuan punya bom yang sudah meletup itu mungkin memiliki beberapa biji lagi bom yang belum meletup. Dia dibiarkan bebas bergerak di dalam masyarakat dengan membawa bom-bom yang masih aktif. Bom individu mempunyai kekuatan yang berbeza-beza dalam menggoncangkan masyarakat. Ada yang lemah dan ada yang kuat. Seorang suami yang memukul isterinya hanya menggoncangkan keluarganya dan mungkin juga jirannya. Seorang petani di sebuah kampung yang menetak seekor kerbau yang memakan tanamannya boleh menggemparkan kampungnya dan mungkin juga kampung yang berhampiran. Seorang askar yang mengamuk di Chow Kit Road dengan menggunakan

KEMISTERIAN PENYAKIT

Image
Bila disebut sahaja tentang penyakit terbayanglah kepada kita penyakit-penyakit yang pernah kita alami dan dialami juga oleh orang lain. Ada penyakit yang menyerang tubuh badan dan ada penyakit yang menyerang jiwa atau perasaan. Berbagai-bagai istilah digunakan untuk membezakan di antara satu penyakit dengan penyakit yang lain. Dalam senarai nama-nama penyakit semua huruf dari A hingga ke Z digunakan, menunjukkan banyaknya penyakit-penyakit yang telah dikesan dan dikenalpasti oleh manusia. Kadang-kadang seseorang pesakit lebih takut kepada istilah penyakit daripada penyakit itu sendiri. Istilah yang paling ditakuti oleh manusia zaman ini ialah AIDS kerana ilmu perubatan belum mempunyai kemampuan yang memuaskan untuk menangani penyakit tersebut. Penyakit bukan sahaja melanda masyarakat dan manusia malah haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga berhadapan dengan penyakit. Benda-benda galian juga menghadapi penyakit. Contohnya besi, penyakitnya berkarat dan nasi pula penyakitnya ialah basi. Penyak

Syarah Hikam (1)

Image
SEBAHAGIAN DARIPADA TANDA BERSANDAR KEPADA AMAL (PERBUATAN ZAHIR) ADALAH BERKURANGAN HARAPANNYA (SUASANA HATI) TATKALA BERLAKU PADANYA KESALAHAN. Imam Ibnu Athaillah memulakan Kalam Hikmat beliau dengan mengajak kita merenung kepada hakikat amal. Amal boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu perbuatan zahir dan perbuatan hati atau suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu. Beberapa orang boleh melakukan perbuatan zahir yang serupa tetapi suasana hati berhubung dengan perbuatan zahir itu tidak serupa. Kesan amalan zahir kepada hati berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Jika amalan zahir itu mempengaruhi suasana hati, maka hati itu dikatakan bersandar kepada amalan zahir. Jika hati dipengaruhi juga oleh amalan hati, maka hati itu dikatakan bersandar juga kepada amal, sekalipun ianya amalan batin. Hati yang bebas daripada bersandar kepada amal sama ada amal zahir atau amal batin adalah hati yang menghadap kepada Allah s.w.t dan meletakkan pergantungan kepada-Nya tanpa m

Ikan Tak Suka Kakak?

Image
Meredakan tenaga yang membuak di dalam badan anak-anak dengan rancangan memancing. Tenaga yang tidak akan musnah tetapi perlu saluran. Rancangan ini dipilih kerana kegemaran anak-anak saya dengan masakan ikan sungai buatan neneknya. Nenek dan atok mereka menghabiskan masa bosannya dengan pergi memancing. Resam apabila telah tinggal berdua, mula mencari semula aktiviti bulan madu untuk meraih keromantisan. Satu kemahiran yang saya dan isteri perlu pelajari dan fahami. Tiba di gigi air, si nenek dan atok sibuk menyiapkan alatan memancing cucunya. Si umi, menyediakan ruang santai dengan selembaran tikar dan makanan ringan. Anak-anak semenjak sampai terlonjak-lonjak meraih keghairahan jiwa. “Atok, cepatlah..tak sabar ni….”Kata Uwais yang paling nampak tak keruan. Masing-masing , seorang satu jorannya. Lima minit pertama mereka tekun dan bersemangat. Lepas pada saat pertama minit kelima tumpuan mulai goyah. Kaki mula memijak air. “Slop” terpelosok dalam lumpur hingga ke lutut. Uwais dan Uz

Petani Dan Angsa Bertelur Emas

Image
"Keseimbangan P/KP" yang amat sukar difahami. Tetapi prinsip ini mudah difahami dengan metafora tentang cerita dongeng " Si Angsa dan telur Emas " Berkenaan seorang petani yang pada suatu hari mendapati sebiji telur emas dari sarang angsa kesayangannya.Mula-mula, dia ingat ada orang yang mempermainkannya. Kemudian dia berfikir semula sebelum membuang telur itu lalu membawa telur itu untuk dinilai. Telur itu daripada emas tulen!! Petani itu tidak mempercayai tuahnya itu. Dia semakin sangsi pada hari berikutnya, apabila kejadian semalam berulang lagi. Hari demi hari, perkara sama berlaku. Dia menjadi kaya-raya, begitu bertuah dia: sehingga dia sendiri seolah-olah tidak percaya. Akan tetapi dengan pertambahan kekayaannya, petani itupun menjadi semakin tamak dan tidak sabar lagi. Dia sudah tidak sabar setiap detik untuk mendapatkan telur emas dari angsanya.Lalu ia membunuh angsa itu untuk mendapatkan semua telur sekaligus. Namun, dalam perut angsa tiada apa-apa. Tiada

Mengapa Aku Ada Keluarga ?

Image
Dipetik dari buku “ FOLLOW YOUR HEART “- Andrew Matthews Keluarga direka(dianugerahi Allah ) untuk mengajar kita tentang kasih sayang tanpa syarat. Anda boleh tinggalkan rakan-rakan sekerja di pejabat dan kawan-kawan di kedai minum. Tetapi lain halnya dengan keluarga. Anda terikat dengan manusia-manusia yang tahu reaksi anda- dan anda terpaksa belajar menyayangi mereka. Dalam keluarga, kita belajar untuk mengghargai orang lain tak kira bagaimana rupa mereka atau apa mereka buat untuk kita. Kita berlajar menyayangi dari dalam. Dalam cerita The Velveteen Rabbit , Skin Horse nampaknya bercakap tentang kasih sayang tanpa syarat : “Anda tidak dicipta benar. Benar berlaku kepada anda. Bila seorang kanak-kanak sayangkan anda lama(mendalam), begitu lama sekali, bukan hanya untuk bermain dengan anda, tetapi BENAR-BENAR sayangkan anda, anda menjadi Benar…..Ini tidak berlaku serta merta anda menjadi begitu. Mengambil masa yang lama. Itulah sebabnya ini tidak berlaku kepada mereka yang mudah pat

Kasih Sayang Dan Ketakutan

Image
Midon dijangka berjanji sampai pukul sepuluh malam. Tetapi telah lewat 1 jam setengah. Kesesakan kerana kemalangan jalan raya. Beteri telefon bimbit kehabisan kuasa. Untuk singgah di mana ? Sukar. Suhaila runsing tidak terkira. “Apasal tak sampai lagi..?”Rimas sambil melihat jam. Akhirnya , Midon sampai dengan selamat. Tidak ada apa-apa. Sihat. Suhaila terus membentak, seolah berkata “ Kalau abang balik selewat ini, paling tidak patut ditimpa kemalangan tadi” Midon yang keletihan, membalas dengan lantang juga.Lalu terjadi mogok bisu. Ada juga pergaduhan besar sehingga bercerai berai. Halnya . KOMUNIKASI. Walaupun sebenarnya ia menyuarakan sayang. Komunikasi yang diterbalikkan. Kami dan kita tidak terlepas dari perkara sebegini. Alam rumahtangga yang diibaratkan belayar di lautan lepas. Adakala tenang bahgia. Seketika badai menerpa. Kesabaran adalah pendayung berharga. Itulah tandanya dalam SAYANG, disulami KETAKUTAN. “Sayang dan Takut”. Perlukan komunikasi jujur. Jamilah berkata “ Kal