Posts

Showing posts from March, 2010

Ikan Tak Suka Kakak?

Image
Meredakan tenaga yang membuak di dalam badan anak-anak dengan rancangan memancing. Tenaga yang tidak akan musnah tetapi perlu saluran. Rancangan ini dipilih kerana kegemaran anak-anak saya dengan masakan ikan sungai buatan neneknya. Nenek dan atok mereka menghabiskan masa bosannya dengan pergi memancing. Resam apabila telah tinggal berdua, mula mencari semula aktiviti bulan madu untuk meraih keromantisan. Satu kemahiran yang saya dan isteri perlu pelajari dan fahami. Tiba di gigi air, si nenek dan atok sibuk menyiapkan alatan memancing cucunya. Si umi, menyediakan ruang santai dengan selembaran tikar dan makanan ringan. Anak-anak semenjak sampai terlonjak-lonjak meraih keghairahan jiwa. “Atok, cepatlah..tak sabar ni….”Kata Uwais yang paling nampak tak keruan. Masing-masing , seorang satu jorannya. Lima minit pertama mereka tekun dan bersemangat. Lepas pada saat pertama minit kelima tumpuan mulai goyah. Kaki mula memijak air. “Slop” terpelosok dalam lumpur hingga ke lutut. Uwais dan Uz