Posts

Showing posts from 2009

Pantulan Cermin

Image
"Kenapa Uzair menangis ni.." saya menyoal anak bongsu yang sering mengalami perasaan tidak puas hati.Seringkali inginkan bantuan untuk merasa selamat secara emosi dan fizikal. "Abang ejek Uzair budak suka menangis dan kuat merajuk" katanya sambil memandang abangnya dengan perasaan geram. "Abang, kenapa ejek adik,abang nak mulakan pergaduhan ke.." Saya terus menyoal untuk mendapat kepastian. "Tadi uzair yang mula ejek abang kedekut, bukan abang tak bagi pinjam tapi tunggulah dulu" pembelaan diri daripada si abang. Rahsia sebab musabab mula terungkai sedikit demi sedikit. Uzair merasa tergugat dengan penjelasan si abang dan mula merasa memulakan situasi ejek- mengejek. "Kemudian abang ejek uzair balik" Balas saya sedikit geram. Tindakan berbalas-balas kerana merasa wajar membalas serangan lawan. Kedua anak saya tertunduk mungkin mula merasa bersalah. Insiden yang sering melanda adik beradik. Tidak kira semasa kecil dan akan merebak sehing

Susahnya Soalan

Image
"Babah dan Umi, kenapa orang tu tak pakai tudung, kan dia dah besar?", soal Rauzah sepontan apabila situasi yang berlawanan dengan adab islamik yang telah dipelajarinya.Soalan yang sarat dan berat untuk dijawab secara spontan. Soalan yang berat dengan persepsi dan penilaian. Bagaimana rangka penilaian kanak-kanak. Ibubapa terpaksa berfikir sejenak sebelum mengeluarkan solusi. "Apa yang kakak fikirkan ?" tanya uminya mencungkil buah minda yang teruja sedikit keliru. "Hukumnya berdosakan , kakak darjah 2 pun tahu tentang tu, kenapa dia dah besar masih tak faham ? keluar lagi kenyataan penilaian yang dah bebaur hukuman. Sebagai ibubapa kita sering dihujani soalan-soalan sedemikian. Kenapa kakak tu tak sembahyang. Kenapa orang tu tak puasa. kenapa..kenapa dan kenapa yang diluar kotak persepsinya dan diluar corak kehidupan yang telah dilaluinya dalam alam keluarga dan alam persekolahan. Pengetahuan dan realiti yang berbeza. Itulah yang di luar dunianya. "Kakak

Meneutralkan Energi Terpendam

Image
Setelah lebih kurang dua minggu tanpa aktiviti di luar anak-anak mula nampak gelisah. Si Uminya pula terlalu sibuk dengan kursus dan komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan. Keresahan yang amat misteri dalam jiwa kanak-kanak. "Baba, kita tak de pergi mama-mana ke ? " luahan keresahan awal yang terbuku dalam Jiwa si Adib, anak kedua saya. Kemudian di sokong oleh adik dan kakaknya. Seolah telah berpakat untuk membuat satu tuntutan. Dan luahan yang telah difahami dan perlu diselesaikan. Hakikatnya, energi dalamannya mula memberontak untuk keluar setelah dikurung oleh aktiviti rutin yang membosankan mereka. Mereka menyuarakan untuk dibantu oleh ibubapa untuk memahami dan mencari jalan meredakan gejolak jiwanya. Bukan tiada aktiviti yang mereka lakukan.Berbasikal keliling taman, menonton,bermain game, berlari ke sana kemari seharian suntuk. Tetapi mereka mulai bosan dengan aktiviti sekitar rumah sahaja. mereka mahu aktiviti luaran. Senergi terpendam ini memang menunggu untuk dle
Image

PENDIDIKAN TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK, DI ASRAMA PENUH ATAU DI RUMAH?

Menjadi pendidik di salah sebuah sekolah berasrama penuh memang sesuatu yang mencabar.Anak-anak ini bijak ,dan subjek yang ana ajar tidaklah sesusah add math,fizik dan kimia.Mudah mengajar Pend.Islam cuma nak memastikan mereka mengamalkannya yang susah. Hampir sepuluh tahun mengajar,Ana sudah berjumpa dengan pelbagai jenis pelajar. PERTAMA : Memang serba serbi pandai .Subjek otak kanan dan kiri dikuasai bahkan kepimpinanpun no.1. Tapi ini jarang-jarang berlaku.Kalau ada namanya akan disebut-sebut selalu walau telah keluar 4 atau 5 tahun dulu. KEDUA : Pelajar bijak memimpin , subjek otak kanan dikuasai dengan baik tetapi subjek add math atau sains yang lain tidak menyerlah.Atau sebaliknya,hanya pandai subjek sains tapi tajuk membaca macam agama, sejarah dan biologi masalah.Ini lebih ramai dari yang pertama.Tetapi tengok batch,dari mana mereka datang. KETIGA : Pelajar yang memang excellent dalam pelajaran tetapi untuk menjadi pemimpin memang kita t

YANG lEBIH iNDAH dARIPADA cINTA

Telah ku katakan sebelumnya, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Dan itulah juga ungkapan yang kerap diulang-ulang oleh mereka yang arif tentang cinta. Ramai yang kurang bersetuju dengan kata-kata ini. Masakan begitu, detik hati kita. Teringat kembali detik mengetahui cinta kita telah diterima oleh si dia… Ah, gembiranya saat itu. Dunia ini seakan tersenyum. Bulan, mentari dan bintang seakan turut bersama kita meraikan detik yang sangat indah itu. Bukankah dicintai lebih utama daripada dipercayai? Hati kita berkata-kata. Musim berlalu. Alam rumah tangga yang kita bina bersamanya menongkah arus ujian. Pelbagai suka duka, pahit manis diharungi bersama. Kata orang, semakin tinggi pokok yang kita panjat, semakin kuat pula angin yang menggoyang. Maksudnya, semakin tinggi puncak kehidupan ini kita daki maka semakin banyak dan hebat ujian yang menggugah hati. Warna sebenar (true colours) kita dan pasangan kita akan terserlah. Pada ketika itu segala yang pahit, masam, busuk akan terser