Cerita Ibu dan Rumah Api




Fikri menoleh dingin sewaktu aku menegurnya. Riak gusar dan dendam memancar dari sinar matanya. Ia dicas melalui hati dan fikirannnya.

“Keluargaku musnah “, bentaknya. “Semuanya kerna ibu”, sambungnya tanpa beselindung.
“Mengapa kau cakap macam tu?”, sambutku cuba mencungkil suatu kisah silam yang kuanggap membentuk wataknya kini.

“Aku dibesarkan dengan penuh displin bercampur garang dan keras. Itulah juga yang dialami oleh adik beradikku yang lain. Pantang silap, apa saja yang ada di depan mata menjadi bahan yang singgah pada tubuh kami. Ucapan nasihat yang penuh berhikmah amat asing ditelinga kami. Itulah teori perlaziman yang kami alami untuk tempoh yang lama. Akhirnya aku menjadi seorang yang BARAN.

“Keluarga musnah” rintihnya lagi. Sesalannya berbaur dengan menyalahkan cara dia dididik.Lebih tepat, dia menyalahkan IBUnya. Hujahnya logik. Namun mengandungi seribu penyelewengan yang merbahayakan dirinya sendiri.Dia mendendami ibunya sendiri atas kemusnahan rumahtangganya disebabkan didikan ibunya yang keras menjadikannya seorang yang BARAN.

“Aku benar-benar simpati Fikri, aku faham situasi kau.” Kataku cuba mendengar, memahami seterusnya berkongsi solusi.

Hakikatnya, sukar untuk memberi solusi kepada permasalahan ini. Ia merupakan contoh kaitan antara personality dan sejarah silam. Namun, siibu yang kutahu adalah seorang buta huruf yang tidak mengerti tentang apa makna psikologi dalam mendidik anak. Malah, siibu juga mendapatkan cara mendidiknya sepeti itu juga dari ibunya, begitulah sebelum dan sebelumnya. Ia adalah WARISAN. Itulah cara yang diketahuinya selama ini dan diperturunkan dari generasi ke generasi sehingga sampailah pada personality Fikri. Warisan ini perlu potong dan dihentikan. Satu tugas yang amat berat. Dan aku tidak mahu membicarakannya pada kali ini.

Namun yang ingin ku tekankan hari ini ialah tentang satu PRINSIP yang dicipta ALLAH. Banyak ayat Al Quran dan Hadis Rasullulah (ITULAH PRINSIP)menyatakan tentang keutamaan berbakti kepada ibu walaupun kepada seorang ibu yang bersalah. Dan cerita Fikri ini, ibunya bersalah terhadapnyan namun dalam keadaan amat tidak mengetahui. Carilah jalan untuk memaafi dan merubah diri kepada yang lebih baik.


Kata Abdullah Ibn ‘Amru radiallahu ‘anhu:

رضا الله في رضا الوالدين سخط الله في سخط الوالدين

Maksudnya: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa” —- Hadis Mauquf, Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899

فأستأذنه في الجهاد,فقال:أحي والدك؟قال:نعم:قال:”ففيهما فجاهد.

Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Amru ibnu ‘asr Radiallahu ‘anhum, seorang lelaki mendatangi nabi solallahu ‘alaihi wasallam kemudian meminta izin baginda untuk turut terlibat berjihad. Baginda bertanya: Adakah ibu bapa kamu masih hidup? Jawabnya: Ya! Kata baginda: Berbaktilah kepada mereka dan ia adalah jihad.” — Hadis Riwayat Imam Bukhari, hadis no. 3004

Begitulah PRINSIP yang dipetakan oleh Islam dalam menangani persoalan ini. Prinsip inilah yang mengawal keberkesanan manusia.

Dua buah kapal perang skuadron latihan telah belayar beberapa hari menjalani latihan gerakan dalam cuaca buruk.Keadaan penglihatan kurang baik sebab kabus bertompok-tompok. Seketika selepas hari gelap, pengawas yang bertugas di bahagian tepi kapal melaporkan. Cahaya ke bahagian kanan haluan kapal.
Pengawas itu menjawab, “ Tetap, kapten,”yang dimaksudkan kami menghadapi bahaya pelanggaran dengan kapal sebuah lagi. “Hantar isyarat kepada kapal itu, minta tuan ubah arah perjalanan 20 darjah” Arah kapten.
Isyaratpun diterima, “Lebih sesuai kalau tuan ubah arah perjalanan 20 darjah”
Kapten itupun berkata,”Hantar : saya kapten, ubah arah perjalanan 20 darjah”
“Saya kelasi kelas dua, “ datang jawapannya. “ Lebih baik tuan ubah perjalanan 20 darjah”
Kapten itu meradang. Dia mengarahkan, “ Hantar : saya kapal perang. Ubah arah perjalanan 20 darjah”
Isyarat cahaya itupun diterima, “ SAYA RUMAH API.”
Kapal perang itu terus mengubah arah perjalanan.


Prinsip ( Ayat Al Quran dan Hadis Rasullah) samalah seperti rumah api. Prinsip adalah hokum semulajadi yang tidak boleh dilanggar.

“MUSTAHIL UNTUK KITA MEMUSNAHKAN HUKUM. KITA HANYA MEMUSNAHKAN DIRI SENDIRI APABILA BERTENTANGAN DENGAN HUKUM.”

Itulah yang cuba hendakku katakan pada Fikri sejujurnya. Namun, ia tersekat dikerongkongku sendiri.Semasa kusedar dari lamunan , Fikri sudah berlalu entah bila tanpa kusedari.

Comments

Popular posts from this blog

Kata-kata

Misi Bertanggungjawab