PENYAKIT RASUAH
Seorang konstabel polis menahan seorang penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen memandu. Penunggang motosikal itu memberi beberapa ringgit kepada konstabel polis itu dan dia dilepaskan tanpa disaman. Di sini berlaku rasuah. Penunggang motosikal memberi rasuah dan konstabel polis menerima rasuah. Seorang pegawai menggunakan kenderaan pejabatnya bagi tujuan yang tidak ada kena mengena dengan urusan pejabat. Di sini juga rasuah berlaku. Pemberi dan penerima adalah orang yang sama. Rasuah yang dilakukan mereka adalah jelas. Kes kajian Mat Dom bekerja sebagai pegawai tinggi di sebuah syarikat milik kerajaan. Syarikat ini banyak mendapat projek-projek tanpa dikeluarkan tender. Projek-rojek yang diperolehi diagih-agihkan kepada kontraktor-kontraktor kecil. Keputusan untuk memberi projek kepada mana-mana kontraktor dibuat oleh satu jawatan kuasa yang Mat Dom menjadi salah seorang ahlinya. Mat Dom tidak mempunyai kuasa untuk memberikan projek tetapi dia berhak memberi cadangan dan sokon...