Misi Bertanggungjawab



Hari ini cuti persekolahan bermula. Anak-anak pulang penuh kegembiraan dan dalam fikiran hanya satu istilah iaitu BULAN KEMERDEKAAN. Istilah itu jualah yang difikirkan oleh oleh ibu dan ayah agar kemerdekaan bermakna terisi dalam tempuh sebulan ini.
Malam ini suasana rumah  amat meriah dengan pelbagai topik. Satu mesyuarat keluarga perlu diadakan. Kertas A4 siap untuk menulis butiran. Si ibu pencatat minit. Perkara yang perlu dibincangkan ialah matlamat cuti tahun ini-perkara utama yang perlu dibuat-dan tugasan yang timbul daripada matlamat itu. Bermula dengan peranan si ayah..mencari duit, bayar bil, blabla..Siibu pula memasak,lipat kain,kerja kursus pengajian..blabla…dan setiap ahli keluarga menyatakan peranan, matlamat dan tanggungjawab yang perlu dilakukan..dan jadualpun dirangka untuk sehari yang akan digunakan selama sebulan dari bangun tidur hingga lelapkan kembali mata. Setiap aktiviti perlu bersumberkan HASIL YANG DIINGINI,GARIS PANDUAN,PIAWIAI PRESTASI, dan AKIBAT.
Anak lelaki kami, secara “sukarelapaksa” bertugas untuk menjaga halaman rumah. Sebelum penyerahan tugas diadakan perbincangan tentang maksud BERSIH.
“Tengok nak “ ayah memulakan. “ Bersih yang kita maksudkan seperti halaman rumah yang ada dalam majalah ini” sambil membelek majalah Anjung Seri. Itu piawaian kita, gambar tadi. Pagi itu kami menyapu, memotong bunga dan membasuh longkang.
“Wah, bersih sekali bah” komennya. “Sebelum ambil tugas ini, babah takkan melakukan tugas ini lagi. Kamu berdualah yang akan uruskan. Babah akan bantu sekali sekala, tapi jarang-jarang ye.” Si ayah membuat perjanjian secara tersurat.
“Sekarang siapa bos halaman ini?”Kau sendirikan, kaupun yak mahu diarah-arahkan lagikan”
“Siapa yang menilai kerja kau?, lanjut si ayah. “Kau menilai sendiri”.
“Kalau  ada masa kita jalan-jalan di halaman untuk tengok kemajuan kerja-kerja kao orang”
Seminggu berlalu. Ahad, Isnin, Selasa……..
Ahad berikutnya, si ayah mula bertanya tentang halaman itu semula.Wajah mereka berdua serba salah. Kata-kata kelu dan hampir tiada suara yang keluar..hanya air mata. 
“Susah bah”, membuka bicara. Dalam hati ayah berkata.”APA YANG BEGITU SUSAH?”KAU BELUM BUAT APA-APA LAGI. “ Namun itulah, apa yang susah ialah PENGURUSAN KENDIRI,PENYELIAAN KENDIRI”.
Si ayah hanya melihatnya membuat kerja tanpa roh dan semangat dalaman. Tiada rasa pemilikan ke atas halaman itu.
“Apa yang babah boleh bantu, ayah pekerja kau.kau bos kepada ayah.” Si ayah membuat apa yang sianak pinta untuk membersihkan halaman itu. DAN ITULAH MASANYA DIA MENANDATANGANI PERJANJIAN DALAM HATINYA. TAMAN ITU MENJADI TAMANNYA,PENGAWASANNYA.
Dia mula menegur sesiapa yang tidak bertanggungjawab tentang kebersihan taman ini. Kami PERCAYA kepada bos taman ini. Semoga terus istiqomah dalam menjaga tanggungjawab. Perasaan memiliki itu baharu bermula, banyak lagi cabaran yang akan menyerang yang akan memudarkan perasaan itu.
Game, futsal,televisyen dan pelbagai keseronokan akan datang mencabar untuk meruntuhkan motivasi menjadi BERTANGGUNGJAWAB dan ISTIQOMAH dalam niat dan visi.
Ya,ALLAH, berikanlah hidayah kepada anak-anak kami ini dalam mengharungi liku hidup remajanya dalan dunia siber yang  berkuasa ini, Hanya padaMU kami bertawakal….Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Kata-kata