PENDIDIKAN TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK, DI ASRAMA PENUH ATAU DI RUMAH?

Menjadi pendidik di salah sebuah sekolah berasrama penuh memang sesuatu yang mencabar.Anak-anak ini bijak ,dan subjek yang ana ajar tidaklah sesusah add math,fizik dan kimia.Mudah mengajar Pend.Islam cuma nak memastikan mereka mengamalkannya yang susah.

Hampir sepuluh tahun mengajar,Ana sudah berjumpa dengan pelbagai jenis pelajar.

PERTAMA : Memang serba serbi pandai .Subjek otak kanan dan kiri dikuasai bahkan kepimpinanpun no.1. Tapi ini jarang-jarang berlaku.Kalau ada namanya akan disebut-sebut selalu walau telah keluar 4 atau 5 tahun dulu.

KEDUA : Pelajar bijak memimpin , subjek otak kanan dikuasai dengan baik tetapi subjek add math atau sains yang lain tidak menyerlah.Atau sebaliknya,hanya pandai subjek sains tapi tajuk membaca macam agama, sejarah dan biologi masalah.Ini lebih ramai dari yang pertama.Tetapi tengok batch,dari mana mereka datang.

KETIGA : Pelajar yang memang excellent dalam pelajaran tetapi untuk menjadi pemimpin memang kita tak berani beri.Orang zaman dahulu sebut `ulat buku`.Mungkin semua boleh bayangkan macam mana.Pasti rambut belah tengah dan cermin mata nipis sikit dari seinci.

KEEMPAT.Lemah segala-galanya.Bukan setakat itu siap jadi samseng kampung Dusun lagi.Selalu (Fly)keluar asrama tanpa kebenaran,ponteng prep, kelas,suka ke klinik,couple.Culas ke surau dan macam-macam lagi.Sampai kami cikgu-cikgu selalu fikir, macam mana dia boleh masuk sini?Dan yang inipun cikgu akan sebut-sebut , silap-silap haribulan 10 tahun akan buka cerita lagi

YANG MANA SATUKAH KITA INGIN MELIHAT ANAK-ANAK KITA MENJURUS KELAK.

PASTI YANG PERTAMA,PERSOALANNYA ADAKAH ANAK KITA TELAH BERSEDIA UNTUK ITU?

Lihat keupayaan anak,

SEBELUM KE ASRAMA PENUH

1.Adakah kita telah ajar anak kita berdikari? Bukanlah 100 peratus, tapi cukuplah sekadar setkan masa tidur,solat,kemas tempat tidur dan jaga kebersihan.Sekurang-kurangnya kalau tak basuh bajupun pandai menghantar baju kotor ke mesin basuh. Kalau segala-galanya amah yang uruskan, berhati-hatilah anak anda belum layak 100 peratus ke asrama penuh.Kemungkinan mereka akan cenderung ke golongan no. 4 adalah besar.

2. Sebenarnya anak kita boleh dapat 5A upsr atau 8A PMR adalah kerana kita. Kita yang bersungguh-sungguh menjelang peperiksaan memimpinnya.Pencapaiannya sebelum ini sederhana sahaja.Percayalah anak –anak ini juga belum bersedia 100 peratus ke asrama penuh.Dia masih tergolong dalam golongan 4, tetapi mungkin tidak cenderung jadi samseng.Biasa-biasa tapi akan sedih , bila SPM dan PMR hanya mendapat 3,4 A.waktu tu kita kan sekolahkan sekolah sedangkan pendidikan awal adalah penting dalam mencorak anak.

SETELAH KE ASRAMA PENUH

1.Setelah 6 bulan ke atas anak masih lagi merengek-rengek,bahkan dah setahun masih lagi tak mahu sekolah asrama.Percayalah anak itu tidak sesuai dengan system asrama.Mereka adalah anak-anak yang manja.Atau yang perlukan perhatian lebih dari orang-orang lain.Tidak ada sesiapa yang boleh mengganti tempat keluarganya.

Bahayanya , bila kita tidak mendengar. Bacalah buku Steven Covey,7 habits, mereka merasa ibu bapanya tidak mempedulikan mereka, meletakkan syarat kasih sayang jika bersetuju ke asrama.Kalau engkar akan di marah dan sebagainya. Anak ini malang sekirang dia memberontak, Maka jadilah mereka golongan ke empat.

WAHAI IBU BAPA, Kita terlalu mengejar cita-cita untuk anak2 cemerlang dalam pelajaran sahaja sehingga kita lupa member I panduan kepada mereka, bagaimana hendak mengurus diri. Bukanlah saya tidak beri mereka ke sekolah asrama penuh Cuma takut bila persediaan awal tidak mantap, ilmu kendiri tiada , apa yang kita harapkan adalah jadi sebaliknya. Latihlah anak- anak berdikari, jangan serahkan bulat-bulat kepada pihak sekolah.Kami latih mereka melalui senior-senior tetapi ada banyak halangannya nanti.Ada banyak masalahnya nanti.

Kadang-kadang mereka tidak ada motivasi di asrama penuh kerana mereka tidak menonjol seperti di sekolah lama.Ini masalah juga.Berada di tengah-tengan manusia hebat di seluruh Malaysia menyebabkan mereka terus tenggelam, tiada keyakinan diri.Kalau nak glamourpun mereka terpaksa cari alternative lain.Itu yang cikgu-cikgu selalu cakap. Macam mana dia orang ni boleh terlepas ke asrama penuh?

Akhirnya, kita mahu anak kita jadi yang terbaik .Lihatlah pokok-pokok bunga , kaktus tidak perlu disiram seperti bunga ros.Begitulah , guna deria kita sebagai ibu atau bapa , di manakah anak-anak kita akan lebih cemerlang!!!

Comments

Popular posts from this blog

Kata-kata

Kisah Zhu Yuanzhang