Meneutralkan Energi Terpendam







Setelah lebih kurang dua minggu tanpa aktiviti di luar anak-anak mula nampak gelisah. Si Uminya pula terlalu sibuk dengan kursus dan komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan. Keresahan yang amat misteri dalam jiwa kanak-kanak.

"Baba, kita tak de pergi mama-mana ke ? " luahan keresahan awal yang terbuku dalam Jiwa si Adib, anak kedua saya. Kemudian di sokong oleh adik dan kakaknya. Seolah telah berpakat untuk membuat satu tuntutan. Dan luahan yang telah difahami dan perlu diselesaikan.

Hakikatnya, energi dalamannya mula memberontak untuk keluar setelah dikurung oleh aktiviti rutin yang membosankan mereka. Mereka menyuarakan untuk dibantu oleh ibubapa untuk memahami dan mencari jalan meredakan gejolak jiwanya. Bukan tiada aktiviti yang mereka lakukan.Berbasikal keliling taman, menonton,bermain game, berlari ke sana kemari seharian suntuk. Tetapi mereka mulai bosan dengan aktiviti sekitar rumah sahaja. mereka mahu aktiviti luaran.

Senergi terpendam ini memang menunggu untuk dlepaskan. Selagi tidak dilepaskan ia seperti barah ingin keluar dari setiap penjuru jiwanya. Simptonnya ialah sering bergaduh,menunjukkan sikap tidak puas hati, membuat perangai dan bermacam aktiviti yang menyesakkan perasaan ibubapa. Ironinya seperti sang suami, dengan ungkapan air dah naik kepala.

"Ok, babah dan bincang dengan umi, esok kita pergi Water Park Pedas" kata saya di meja makan.
"Horeyyy" teriak mereka serentak.
Balik dari membawa mereka dari aktiviti melepaskan energi terpendam, mereka sedikit lega. Arahan ibubapa mula cepat dituruti dan difahami oleh mereka.

"Terima kasih umi dan babah" meluahkan rasa riang, puas dan syukur mereka.

Dan esok kehidupan mereka seperti biasa lasak dan bermain tanpa letih. Kami menunggu lagi pertanyaan luahan untuk penghamburan energi terpendam mereka yang berikutnya.Demimu anak-anak kami sanggup mendengar dan menanti. Itulah amanah Allah tentang susunan psikologimu. Kami cuba memahami dan menyelami duniamu. Dunia kanak-kanak yang indah dan tanpa prasangka.

Comments

Popular posts from this blog

Kata-kata

Kisah Zhu Yuanzhang