Petani Dan Angsa Bertelur Emas





"Keseimbangan P/KP" yang amat sukar difahami. Tetapi prinsip ini mudah difahami dengan metafora tentang cerita dongeng " Si Angsa dan telur Emas "

Berkenaan seorang petani yang pada suatu hari mendapati sebiji telur emas dari sarang angsa kesayangannya.Mula-mula, dia ingat ada orang yang mempermainkannya. Kemudian dia
berfikir semula sebelum membuang telur itu lalu membawa telur itu untuk dinilai. Telur itu daripada emas tulen!!

Petani itu tidak mempercayai tuahnya itu. Dia semakin sangsi pada hari berikutnya, apabila kejadian semalam berulang lagi. Hari demi hari, perkara sama berlaku. Dia menjadi kaya-raya, begitu bertuah dia: sehingga dia sendiri seolah-olah tidak percaya.

Akan tetapi dengan pertambahan kekayaannya, petani itupun menjadi semakin tamak dan tidak sabar lagi. Dia sudah tidak sabar setiap detik untuk mendapatkan telur emas dari angsanya.Lalu ia membunuh angsa itu untuk mendapatkan semua telur sekaligus. Namun, dalam perut angsa tiada apa-apa. Tiada pelur emas - dan sekarang tiada cara untuk mendapatkan telur emas lagi. Petani itu telah memusnahkan angsa yang menghasilkan telur emas.

DIPETIK DAN DIRUJUK DALAM BUKU "7 Tabiat orang Yang Amat Berkesan"
(Stephen R. Covey )

Kesimpulannya cerita dongeng itu mengajar kita satu prinsip penting tentang pengurusan perhubungan serta keberhasilan perhubungan sesama manusia, pengurusan fizikal barangan dan termasuk kewangan. Ia membawa definisi KEBERKESANAN. Kebanyakan kita melihat keberkesanan dalam paradigma telur emas : semakin banyak dihasilkan, semakin banyak kerja yang kita boleh buat, semakin berkesanlah kita.

Hakikatnya KEBERKESANAN yang betul adalah fungsi 2 perkara : APA YANG DIHASILKAN (TELUR EMAS ) dan ASET atau KEUPAYAAN MENGHASIL (ANGSA )

Apa yang dihasilkan (P)( telur emas )
Keupayaan menghasil(KP) ( angsa )

Dalam kehidupan, apabila kita berfokus kepada telur emas dan mengabaikan angsa : kita akan kehilangan aset yang menghasilkan telur emas. Sebaliknya, jika fokus kehidupan hanya mementingkan angsa itu tanpa menghendaki telurnya, kita akan segera kehilangan keupayaan untuk menyara diri sendiri dan angsa itu.

Keberkesanan tindakan untuk menghasilkan keputusan yang baik terletak pada keseimbangan dua perkara tersebut.

Untuk lebih memahami konsep ini, Hamid telah membeli sebuah mesin rumput yang berjenama baik. Hamid menggunakan mesin itu beberapa tahun , tapi mengabaikan penyelenggaraannya. Akhirnya ia rosak.Apabila cubaan membaikinya dengan proses sevis dan penajaman semula, didapati enjinnya telah separuh kehilangan tenaga asalnya. Maknanya mesin itu sudah tidak berguna lagi.Sekiranya saya melabur untuk KP - dalam memelihara dan menyelenggara aset- saya tentu masih menikmati P - kawasan rumput yang telah dipotong.Memelihara keseimbangan P dan KP penting dalam penggunaan aset fizikal.
Begitu uga dalam penggunaan aset kewangan.Melabur/membelanja sahaja tanpa meningkatkan/menghasilkan pendapatan akan membawa defisit ekonomi. Tidak berkesan.

Dalam hal perhubungan kemanusiaan pula konsep ini juga terpakai. Apabila dalam perkahwinan lebih menumpukan mendapatkan telur emas,iaitu manfaat, berbanding dengan usaha mengekal perhubungan...mereka kadangkala kurang peka dan tidak bertimbangrasa, tidak menghargai pasangan srta bersikap tidak sopan dan kasar dalam perhubungan. masing-masing menggunakan punca-punca kawalan untuk memanipulasi berfokus kepentingan diri, menegakkan kedudukan sendiri dan mencari kesalahan pasangannya. Kasih sayang, kekayaan rasa, kelembutan akan mula merosot. anga semakin teruk sakit.

Begitu juga, perhubungan ibu bapa dengan anak.Inginkan bilik yang bersih. Langkah yang diambil ialah menjerit, memarahi,mengutuk...tidak akan ada penghasilan. Kerana sianak adalah angsa sakit. Hatinya tidak dididik...
Anak perempuan kita yang akan menjaga biliknya - itu P,penghasil, telur emas. Kita mahu dia membersihkan bilik - itu KP, keupayaan penghasil.Anak perempuan kita angsa, aset yang menghasil telur emas : kebersihan.

Jika keseimbangan P dan KP dijaga, dia akan membersihkan bilik dengan gembira, tanpa perlu diingat berulangkali kerana dia mempunyai komitmen dan displin untuk mengekalkan komitmennya. Dia aset yang tinggi mutunya, angsa yang menghasilkan telur emas. Laburkan masa untuk usaha KP : melatih dengan komunikasi yang lembut : memahami dengan penuh kasih sayang.
Ajari sedayanya dan bukan sekadar sahaja..Apabila menjerit, mengutuk, memaki... ..kita menambah usaha dengan menghukum sahaja dalam keinginan mendapat telur emas, hakikatnya kita sedang memusnahkan kesihatan, kesejahteraan dan keyakinan angsa. Perkataan makian itu yang didengari selamanya dalam kotak fikiran si angsa.Si angsa makin parah dan tidak mampu membuat apa-apa krana akal dan hatinya sudah parah kesedihan dan deria rasanya telah luluh serta lali. Jadilah ia seorang yang degil dan tidak mampu menurut kata serta makin sukar diajari. Kerana tahu itu melalui hatinya. sedang hatinya telah kesakitan.Akalpun akan menjadi tumpul.Akhirnya tibalah waktunya kita berkata " Dia tu dah tak boleh buat apa dah, gunalah strategi apa pun..." Tetapi puncanya....kembali pada yang mula...

Begitulah prinsip ini berjalan secara semulajadi di kebanyakan tempat..di sekolah, di rumah, dipejabat dan di mana terdapatnya perhubungan manusia. Antara ibu bapa dan anak. Antara guru dan murid. Antara pekerja dan majikan.Antara suami dan isteri.


Maka apakah orang mendirikan bangunannya di atas dasar ketaqwaan kepada Allah dan keredhaanNya itu lebih baik ataukah mendirikan bangunannya ditepi jurang yang runtuh, lalu bangunan itu jatuh bersama-sama dia ke dalam neraka jahanam? Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. ( At - Taubah : 109 )


"Ya, Allah, berilah kami petunjuk, dan lindungilah kami. Berilah hidayah untuk kami membetulkan diri kami agar dapat kami menjadi orang yang berkesan dan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat".Ameen..

Comments

Popular posts from this blog

Kata-kata

Misi Bertanggungjawab