Pantulan Cermin
"Kenapa Uzair menangis ni.." saya menyoal anak bongsu yang sering mengalami perasaan tidak puas hati.Seringkali inginkan bantuan untuk merasa selamat secara emosi dan fizikal. "Abang ejek Uzair budak suka menangis dan kuat merajuk" katanya sambil memandang abangnya dengan perasaan geram. "Abang, kenapa ejek adik,abang nak mulakan pergaduhan ke.." Saya terus menyoal untuk mendapat kepastian. "Tadi uzair yang mula ejek abang kedekut, bukan abang tak bagi pinjam tapi tunggulah dulu" pembelaan diri daripada si abang. Rahsia sebab musabab mula terungkai sedikit demi sedikit. Uzair merasa tergugat dengan penjelasan si abang dan mula merasa memulakan situasi ejek- mengejek. "Kemudian abang ejek uzair balik" Balas saya sedikit geram. Tindakan berbalas-balas kerana merasa wajar membalas serangan lawan. Kedua anak saya tertunduk mungkin mula merasa bersalah. Insiden yang sering melanda adik beradik. Tidak kira semasa kecil dan akan merebak sehing...