Mengapa Aku Ada Keluarga ?






Dipetik dari buku “FOLLOW YOUR HEART “- Andrew Matthews


Keluarga direka(dianugerahi Allah ) untuk mengajar kita tentang kasih sayang tanpa syarat. Anda boleh tinggalkan rakan-rakan sekerja di pejabat dan kawan-kawan di kedai minum. Tetapi lain halnya dengan keluarga. Anda terikat dengan manusia-manusia yang tahu reaksi anda- dan anda terpaksa belajar menyayangi mereka.

Dalam keluarga, kita belajar untuk mengghargai orang lain tak kira bagaimana rupa mereka atau apa mereka buat untuk kita. Kita berlajar menyayangi dari dalam. Dalam cerita The Velveteen Rabbit, Skin Horse nampaknya bercakap tentang kasih sayang tanpa syarat :


“Anda tidak dicipta benar. Benar berlaku kepada anda. Bila seorang kanak-kanak sayangkan anda lama(mendalam), begitu lama sekali, bukan hanya untuk bermain dengan anda, tetapi BENAR-BENAR sayangkan anda, anda menjadi Benar…..Ini tidak berlaku serta merta anda menjadi begitu. Mengambil masa yang lama. Itulah sebabnya ini tidak berlaku kepada mereka yang mudah patah, atau ada segi-segi tajam, atau kena dijaga hati-hati. Selalunya, bila anda menjadi Benar, kebanyakkan roma anda dah gugur kena saying, mata anda dah terjatuh, sendi-sendi anda dah longgar dan rupa anda dah lusuh. Tapi ini semua tidak penting sama sekali, kerana bila anda dah menjadi Benar, anda tidak mungkin hodoh, kecuali bagi orang yang tak mengerti……….”


“KASIH SAYANG MENYEMBUHKAN DUA ORANG, YANG MEMBERI DAN YANG MENERIMA.”

Comments

Popular posts from this blog

Kata-kata

Misi Bertanggungjawab