Kasih Sayang Dan Ketakutan



Midon dijangka berjanji sampai pukul sepuluh malam. Tetapi telah lewat 1 jam setengah. Kesesakan kerana kemalangan jalan raya. Beteri telefon bimbit kehabisan kuasa. Untuk singgah di mana ? Sukar. Suhaila runsing tidak terkira. “Apasal tak sampai lagi..?”Rimas sambil melihat jam. Akhirnya , Midon sampai dengan selamat. Tidak ada apa-apa. Sihat. Suhaila terus membentak, seolah berkata “ Kalau abang balik selewat ini, paling tidak patut ditimpa kemalangan tadi”

Midon yang keletihan, membalas dengan lantang juga.Lalu terjadi mogok bisu. Ada juga pergaduhan besar sehingga bercerai berai. Halnya . KOMUNIKASI. Walaupun sebenarnya ia menyuarakan sayang. Komunikasi yang diterbalikkan.

Kami dan kita tidak terlepas dari perkara sebegini. Alam rumahtangga yang diibaratkan belayar di lautan lepas. Adakala tenang bahgia. Seketika badai menerpa. Kesabaran adalah pendayung berharga.

Itulah tandanya dalam SAYANG, disulami KETAKUTAN. “Sayang dan Takut”. Perlukan komunikasi jujur.

Jamilah berkata “ Kalau saya marah, perasaan itu kemarahan! Bukan ketakutan!”MARI KITA SELIDIKI . Dalam drama melayu. Suaminya Ahmad balik dengan terlekat beberapa helai rambut asing(wanita kononnya) di baju. Terhidu juga minyak wangi yang lain dari jenama di rumah. Jamilah sangat marah. Hakikatnya, dia menjerit kerana ketakutan. Takut kehilangan Ahmad. Jadi apabila kita marah, kita sedang ketakutan.

Begitu juga dengan kerunsingan. Kerunsingan ialah ketakutan. Hamid runsing tentang pembayaran gadai janji tentang rumahnya.Runsing ialah perkataan lain untuk ketakutan.

Bagaimana dengan cemburu? Cemburu adalah memikirkan kekurangan diri berbanding orang lain. Cemburu adalah ketakutan. “Apabila saya cemburu, saya ketakutan sayang” kata hati saya.Namun selalunya tidak terluah. Ia terluah dalam bentuk negatif.

Tersembunyi di sebalik rasa marah, cemburu, murung, runsing,risau, tentang ketakutan. Sayang dan ketakutan. BAGAIMANA MENJADIKANNYA BERMANFAAT?. Terus terang saya tidak mampu menghilangkannya. Bagaimana anda?

Sukar untuk mencari solusi dalam hal ini. Saya sering terperangkap dalam situasi begini. Sayang, tetapi hasutan syaitan memesongkan menjadi barah rumahtangga.
Berbahaya dan perlu diatasi. Lama termenung. Membuai resepsi diri. Akhirnya kata seorang kawan saya, KEJUJURANlah resepi perhubungan.Dalam apa jua perhubungan. Saya sedar bahawa biasanya perasaan yang mengganggu kita bukanlah yang kita sangka.


Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan tu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpan sesetengah yang lain (al-Hujurat 49:12)


Kata kawan saya lagi..
Kalau hendak menghapuskan ketakutan, akuilah kewujudannya. Salagi saya berkata : “Umi tidak bertimbangrasa kerana membuat abang risau…umi selalu tidak melihat jam ketika mengajar malam..”. Saya tidak akan maju. Dan sekiranya saya mampu bertanya pada diri “ Mengapa saya ketakutan bila umi lambat balik ?” Ia berubah. Saya akui ketakutan saya, bukan keburukanmu. Apabila kita mengakui ketakutan kita,kita berpeluang bergerak meninggalkannya. Merepek ke….?

Mengakui ketakutan mampu menerangkan perasaan kita pada orang yang disayangi :
“Sayang, aku marah kerana ketakutan aku. Aku takut kau belanjakan duit gaji tanpa membuat kira-kira, kita akan melakukan pembaziran…”

“Aku marah bila awak lewat pulang kerana aku ketakutan sesuatu terjadi kepada awak di jalan raya. Aku takut kehilangan awak. Itulah sebahagian dialog yang telah dineutralkan.

Yang penting. Apabila kita mengakui ketakutan itu, kita kurang menyalahkan pasangan atau orang lain. “Aku mahu kau tahu ketakutanku. Aku tidak menyalahkan kau….”
Kita tidak perlu lagi sempurna, terangkan ketakutan kita, orang yang kita ajak berkomunikasi akan member respon. Konsep bukan hanya kepada suami isteri, tetapi melihatkan perhubungan dua hala. Dengan anak-anak. Kawan sekerja. Antara pekerja dan ketua. Atau Si Tompok kesayangan!!??? Akui kelemahan diri Azri. Itu lebih baik dari melemparkan celaan.

Orang yang terganggu perasaannya, puncanya bukanlah yang mereka sangka. Apabila mereka menyerang kita, mereka sebenarnya ketakutan.Dengan mengetahui bahawa mereka takut, kita tidaklah begitu takut. Kita boleh bertindak waras dan tenang.

Ada dua cara mengendalikan hubungan – satu sebagai pasukan, satu lagi sebagai pertandingan.

Banyak orang dalam ketakutan. Takut kelihatan bodoh, atau gemuk, takut kehilangan jawatan atau kerja. Takut tua, takut miskin, takut kecurian, takut keseorangan, takut mati dan yang paling ditakuti…takut dimadukan..sebab itulah mereka bertindak gila.

Apa yang membuatkan saya lebih senang hati. Anda senang hati. Mereka senang hati. KITA SEMUA SENANG HATI.???

Jawapannya…”DISAYANGI”

Comments

Popular posts from this blog

Kata-kata

Misi Bertanggungjawab