Mengapa Aku Memerlukan Bencana



Kebanyakan kita belajar hanya setelah kepala terhantuk! Mengapa?
Kerana lebih senang tidak berubah. Jadi kita terus sahaja buat apa yang kita buat sampai terlanggar tembok. Contohnya, kesihatan kita.Bilakah kita mengubah pemakanan dan mula bersenam.? Apabila badan kita sudah teruk- apabila doktor berkata : “ Kalau tak ubah cara hidup, maknanya mencari maut!”Barulah kita tiba-tiba mahu berubah.
Apabila jantung sudah benar-benar nazak, barulah terpacul perkataan “ Aku kena berhenti merokok segera “

Dalam hubungan – bilakah selalunya kita menyatakan kasih sayang? Apabila rumahtangga hampir runtuh, apabila keluarga sudah dekat porak peranda.!
Dalam pelajaran – bilakah kita mula tekun belajar? Apabila kita nyaris gagal atau telah gagal.

Dalam perniagaan-bilakah kita mencuba fikiran baru dan membuat keputusan yang sukar? Apabila bil bertimbun tak berbayar.Bilakah kita akhirnya belajar melayan pelanggan? Setelah semua pelanggan angkat kaki!
Sebagai guru – Bila kawan lain dah lulus PTK! Bila GB atau pengetua mula mengeluarkan sindiran pedas! Dan bila anak didik mula tidak menghormati gurunya..!! Bila anak-anak mula kurang ajar kepada ibubapa..!

Bilakah selalunya kita berdoa bersungguh-sungguh? Apabila hidup kita kucar-kacir! “ Tuhanku, aku tahu aku sering berdoa kepada-Mu secara ala kadar sahaja, sejak kali terakhir aku ditimpa bala….”

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padalal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ( Al Baqarah : 216)
Banyak lagi insiden dan pertanyaan BILAKAH…BILAKAH…DAN BILAKAH..yang mampu kita paparkan dan fikirkan dalam hidup kita. Pengajarannya yang utama, hidup berlansung secara beransur-ansur. Perlahan-lahan dan akhirnya kita telah tiba di tempat yang dimaksudkan diatas..iaitu BILAKAH!!Kita terpedaya dan tiba-tiba kita sudah terlambat. Kita perlu awas apa yang berlaku. Bencana dan tanda diciptakan Allah kerana kasih sayangNya, walaupun ia amat menyakitkan.

Kalau anda bangun pagi esok dua puluh kilo lebih berat dari hari ini, anda runsing tak? Memanglah..Tindakan ada mungkin menelefon hospital..” Kecemasan, saya tiba-tiba gemuk” Tapi apabila ini terjadi beransur-ansur, sekilo sebulan..mungkin kita biarkan saja..INGAT..KITA PERLU PERUBAHAN MELALUI BENCANA YANG TERJADI KE ATAS KITA..Allah sedang berbicara dengan kita…Hidup ini adalah untuk belajar melalui apa yang Allah ciptakan.Bak kata orang, ada hikmah disebalik kejadian. Jangan panik, tetapi belajar dan berubah. Bukan berubah buta , tapi disertai strategi seperti mana HIJRAH RASULLAH.Ada keinginan, ada wawasan, ada strategi dan ada penyerahan pada Allah saw. Baginda Rasullulah telah beriktiar hingga ke hujung akal dan itulah erti kehebatan sebuah tawakal.

Kita mendapat pengajaran terbesar dalam kesusahan.Bila kita membuat keputusan terpenting dalam hidup? Apabila saya jatuh melutut –setelah ditimpa bencana dan dilanda kecewa. Disaat itu hati kecil berkata, “ aku dah bosan hidup terumbang-ambing, aku inginkan petunjuk dan hidayah,aku nak buat sesuatu.Belajar dari kekecewaan lebih indah dari belajar melalui kejayaan.Kegagalan adalah pedih –semasa itulah kita terdidik. Kita bukan manusia sempurna dan inilah proses pembelajaran kita.HIDUP DAN BELAJAR.Selagi kita gagal bertindak betul dalam masalah atau bencana, ia datang lagi.Kerna kita belum belajar apa-apa. Itu silibusnya.Sering kita terdengar kesilapan pada perkara yang sama. Jelaslah bencana amat penting dalam hidup.

Sabda Rasullullah
Allah tidak menetapkan qadha’ bagi hamba, kecuali qadha’ itu baik bagi dirinya.


Orang berkesan tidak akan mencari masalah, tetapi ujian adalah milik Allah.Apa yang perlu ialah, pertanyaan” Bagaimanakah perlu kuubah apa yang kufikirkan dan kulakukan?Bagaimanakah dapat kutingkatkan mutu diriku? Kita mencari petunjuk Allah dan usaha kemudian penyerahan iaitu tawakkal.

Orang yang menerpa kegagalan tidak mahu menghiraukan tanda-tanda yang memberi amaran. Apabila bala menimpa mereka berkata “ Kenapalah aku asyik kena bala saja?”” aku ni memang malang” Masalah kepercayaan diri pula yang digunakan syaitan unyuk menyesatkan kita dari berubah.

Dan sesungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.( Iaitu ) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Innaa lillaahi wa innaa rooji’uun!
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Al Baqarah : 155-157)

Tabiat melekat pada KITA. Kita terus saja buat apa yang kita buat sampai kita terpaksa berubah.
JADI , ADAKAH HIDUP INI SATU SIRI BENCANA PEDIH?
Tidak. Allah Maha Adil.Allah sentiasa mengingatkan kita dengan isyarat halus. Apabila kita masih buat tak tahu, dingatkan dengan isyarat yang lebih hebat. Akhirnya mampu menjadi keruntuhan umat. Itulah umat islam perlu bangun dari kelekaan. Allah sedang berbicara dengan kita melalui bencana yang diciptanya untuk kita berubah dan bersatu.Kita lemah kini, dan agama lain mengambil kesempatan atasnya.


HARI NAMA ALLAH INGIN DIKONGSIKAN DAN DIPEREBUTKAN DARIPADA UMAT ISLAM.
Puncanya adalah kerana kelemahan kita sendiri.Perubahan perlu dan pada mulanya ia memang rumit. Namun kita tiada pilihan.
Proses bertumbuh terasa paling pedih apabila kita melawannya.

Pernah seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah saw: “Bilakah berlaku kiamat?” Rasulullah menyoal kembali:”Apakah kamu telah sedia untuk menghadapinya?”( Riwayat al Bukhari no. 5819)

Kiamat perlu dinantikan dengan persediaan iaitu tindakan atau membuat sesuatu yang digarisi agama.Bukan hanya mengeluh diri dan menyalahkan orang lain. Bencana yang menimpa perlu dihayati di mana silapnya untuk menyusun perancangan untuk membaikinya. Itulah tuntutan untuk mencipta kejayaan. Kenal pasti masalah, rancang tindakan,lakukan , berdoa tawakal dan serahkan segala kepada Allah. Segalanya dalam satu ungkapan. PERLU PERUBAHAN.
SALAM MAAL HIJRAH 1431 DAN TAHUN 2010

Comments

Popular posts from this blog

Kata-kata

Misi Bertanggungjawab