Alangkah Bagusnya Menjadi Dia ?





Adakalanya saya lihat hidup orang lain ,lalu berkata, “ Umie, tengok keluarga Si X tu, nampak sentiasa gembira dan bahgia “. “ Mereka begitu bertuahkan umi”. Menyuarakan kekaguman.

“Umie, tengok Si Y tu, baru habis Master, nak sambung PHD pulak.Bestkan..”

Si Kakak pula berkata,
“Babah, kakak susah betul kalahkan Ilysa..asyik nombor 2 je kakak…”

Begitulah kita membuat perbandingan. Dan jangan lupa melihat sebabnya mereka BERTUAH.Ada yang lebih ekstrem lagi. Ahmad naik pangkat, lalu kita bertanya “Bagaimana dia boleh dikira naik pangkat?”BAGAIMANA....

“Mengapa dia….”.”Mengapa bukan aku…” Dan banyak lagi perkara yang tidak menyebelahi kita. Ke mana perginya hukum sebab dan akibat. Kita keliru, tetapi hukum SEBAB dan AKIBAT berlansung bagi setiap manusia.Sifatnya sama ,tidak kira hal keagamaan dan keduniaan.

“Kalau hidup saya tidak berkembang maju, kaji apa yang saya buat” kata saya insaf.
Kita tidak pernah mendengar sesiapa berkata “ Saya bangun subuh-subuh.Saya menjaga badan dengan bersenam. Saya belajar. Saya memupuk perhubungan positif, saya bekerja sepenuh tenaga – tapi – TIADA SUATU PUN YANG BAIK berlaku dalam hidup saya.” Keliru.Hukum sebab dan akibat tetap berlansung.Tidak kira kita ingin menjadi baik atau sebaliknya. Menyusun susunannya.

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu( dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur(akan ni’matKu). (al-Baqarah :152 )

Konsepnya…..

Hidup kita adalah satu sistem tenaga. Seperti si petani menabur benih. “Si petani menuai hasil selepas membuat kerja.”Belajar cara bertani(ilmu). Cangkul tanah dan siram benih(Usaha), tunggu seketika( Doa, tawakkal dan sabar ), kemudian petik kacang. Ilmu + Usaha + Doa + Tawakkal + Sabar = Hasil. Kita hidup dalam dunia nyata. Di tengah-tengah antara sikap Si Jabariah dan Si Muktazilah.

Tiada cita-cita dan tujuan akan sampai tanpa usaha. Tetapi apabila berusaha semata berpegang kepada kepandaian dan kesungguhan tanpa menyerahkan segalanya kepada Allah adalah LALAI.Kombinasi – DOA, TAWAKKAL dan ISTIQAMAH.

Satu lagi pelajaran dari kebun : Tanam sedozen benih kacang, tidak semestinya dapat sedozen pokok kacang. Azri menanam benih kacang. Ada yang mati kena panas. Ada yang di makan semut dan burung. Tinggal 2 batang. Katanya “ Tak adil!” .Begitulah hidup. Ada ujian dan dugaan agar Allah dapat membuat pemilihan. Ada keizinan dan penolakan.

Dan boleh jadi kamu benci sesuatu, sedangkan ia lebih baik kepadamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedangkan ia merosakkan bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu. ( al Baqarah : 216)

Kita mampu mengusahakan tindakan. Namun Kehasilan adalah milik Allah. Keizinan Allah. Usaha terus tanpa putus asa. Hanya Allah yang mengizinkannya. Rasailah kebahagiaan sebuah PENYERAHAN.Tiada apa yang harus dirisaukan.Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Katakanlah : Hai Tuhanku! Masukkan aku pada tempat yang benar dan keluarkanlah aku pada tempat yang benar pula. Jadikanlah bagiku dari sisiMu kekuasaan yang dapat memberikan pertolongan.(al-Isra :80)

Kelansungan hukum sebab dan akibat akan berjalan terus sehingga nafas terakhir. Dalam hidup ini kita mendapat apa yang kita minta. Si X suka memakai pakaian yang mendedahkan. Dia marah. Lelaki suka mengambil kesempatan. Lelaki nampak…..! Tidak menghairankan.

Si A memikat wanita dengan intan berlian dan minyak wangi. ( selalu dalam drama melayu) Apabila mereka angkat kaki, katanya mereka menggunakannya untuk mengikis wangnya. Kalau memancing dengan umpan berlian dan intan, dapatlah ikan yang sukakan intan berlian. Mengapa terkejut?

Displin diri dalam hal-hal kecil – tiga kali seminggu ke gymnasium –membawa kepada perkara besar – hidup lebih sihat. Kemudian Si Azri berkata “ Mengapalah Si Latif sentiasa ceria dan sihat.Bertuahnya dia dianugerahi Tuhan…” Jagat ini mengganjari usaha, bukan dalih.

Hakikatnya,hidup ini berjalan beransur-ansur. Baik perkara positif. Mahu pun perkara negative. Soalannya sentiasa : APA ANDA BUAT DENGAN APA YANG ANDA ADA?

Bermulalah…Buat perkara positif yang kecil – akan membawa perkara yang besar.SETIAP LANGKAH MEMBAWA KE LANGKAH SETERUSNYA. Hiduplah yang terbaik untuk hari ini. Tinggalkan kesedihan dan kegagalan semalam-jangan risaukan esok.

Ambil air yang telah dibekukan ke tolak 50 darjah selsius menjadi air batu. Seketika. Tiada apa-apa berlaku. Begitu banyak tenaga, tiada hasil yang kelihatan. Tiba-tiba pada darjah sifar, air batu itu cair. Jadi air! Panaskan pula. Sama seperti tadi. Banyak tenaga digunakan. Tiba pada 110 darjah selsius. Buih dan wap. Air mendidih. PRINSIPNYA. Kita telah mencurahkan tenaga pada sesuatu.Tiada hasil segera. Sebenarnya tenaga telah tercurah. Teruskan.SABAR. Hasilnya akan tiba.Begitu juga kearah negetif. Prinsip tenaga yang sama berlaku. Diri kita yang menjadikannya. TIADA USAHA YANG TERBUANG.

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya ia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan ( melihat balasan)nya juga. ( Al Zalzalah : 7-8)

Hidup ini maju dan mundur beransur-ansur.

Jujurlah kita pada diri. Senaraikan semua perkara yang tidak kita capai. Hampir semuanya terjadi,kita telah membantu menghasilkannya.Pedulikan hukum jagat tentang jiran kita,rakan kita,artis kita,ahli politik kita. Perhatikan hukum sebab akibat dalam hidup kita sendiri-perhubungan, kejayaan dan kekecewaan. FIKIRAN KITA AKAN LEBIH TENTERAM NANTI.

“Babah, sama ada kita menjadi petani, penjaga kambing, membuat program computer atau pensyarah psikologi di universiti, peraturan-peraturannya sama “ pedas dan panas. Daripada isteri saya yang tercinta.PERATURAN SEBAB DAN AKIBAT.

Comments

Popular posts from this blog

Kata-kata

Kisah Zhu Yuanzhang