Dari Dalam - Ke- Luar







“Abang tak sukalah kalau ada kakak dan adik macam ni…” Adib mengomel mengadu pada saya tentang ketidakpuashatiannya. Ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin sesuatu yang biasa dan hari ini perlu diperbetulkan agar tidak menjadi barah tabiat kelak.

“Macam ada benda yang tak best je, bang..” saya cuba memahami agar terkeluar lagi maklumat.

“Kakak dan Uzair tak nak main dengan abang. Diaorang macam tak suka abang nak main sama.”luahnya lagi diselangi nada menangis yang bukan raungan. Kesakitan yang rasanya hanya di dalam. HATI.

“ Mesti best kalau ada kakak dan adik yang sayangkan abang” Adib terus memandang keluar. Dan tidak lansung memandang ke dalam dirinya. Tidak sedar dirinya PENYUMBANG tegar.Tapi saya sedar.!! Kelembutan yang dapat melenturkan egonya disaat kesedihan ini. Rasa kecewanya bertambah dengan pemikirannya itu.

Pernahkah kita perhatikan, apabila kita meninggalkan rumah atau pejabat dalam keadaan marah, orang lain seolah-olah hendak menghimpit kita agar terbabas ke luar jalan. Pemikiran itu menambahkan lagi kerumitan.Syaitan yang menjerumuskan. Suasana negetif menarik kita ke arah yang negetif juga. Itulah yang dialami oleh Adib. Sebaliknya ,betapa indahnya dunia apabila kita jatuh cinta..!! segalanya berubah..yang dipandang semua indah. Itulah kuasa pemikiran.

Jadi dunia adalah cermin – apa yang kita rasa di dalam, kita rasai di luar. Itulah titik tolak saya tentang konsep MEMBAIKI HIDUP PERLU DARI DALAM DIRI..BUKAN MENYALAH ORANG YANG DI LUAR DIRI. Kalau ada orang yang tidak menghormati kita di tempat kerja, tiada faedahnya bertukar kerja.Jika ada orang tidak ramah, tiada guna ikut jalan lain.

Mudah-mudah Allah menimbulkan kasih saying antaramu dengan orang-orang yang kamu musuhi diantara mereka. Dan Allah Maha kuasa lagi Maha Penyayang. (Al –Mumtahanah:7)


Saya tahu, anak kedua saya ini mempunyai sikap sedikit autokratik. Sindrom anak kedua saya agak. Selalunya ingin menguasai sesuatu keadaan. Katanya dia suka menjadi ketua. Itu basic segala problemnya.Juga kelemahan kemahiran komunikasi. Kurang memahami orang lain.Dan sering menyalahkan orang lain. Namun, saya percaya dia mampu mengubah sikapnya menjadi sedikit lunak. Itulah kepercayaan saya yang tak terucap. Dan ia penting untuk saya menggerakkan tindakan. Tidak terucap. Tapi ia didengari oleh kelembutan rasa dan keterikatan perasaan. Adib mengerti melalui tindakan kita. Babah percaya Adib.

Perlu memanggil ketiga-tiganya agar Adib kurang rasa bersalahnya.

“Mari sini semua “ saya memulakan bicara. Adib menanti sesuatu. Rauzah dan Uzair juga menanti. Saya tidak akan menyalahkan sesiapa. Niat dan hasrat saya patri dalam hati.

“Babah tak mampu merubah perangai anak-anak babah. Babah sekadar mampu memberi nasihat, contoh teladan dan peringatan. Selain tu Allah yang berkuasa.” Kata saya menenangkan kekusutan sendiri dan menghimpun rasa berserah kepada Allah.

Kebanyakkan orang belajar secara tebalik. Kita belajar “ kalau anda tidak suka kerja kita, tukar kerja. Tidak suka isteri, tukar isteri.” Ada situasi yang mewajarkan. Tetapi kalau diri sendiri tidak bertukar, masalah sama akan menimpa walau ke mana kita pergi.

“Abang, kakak, Uzair.. untuk rasa disayangi,disukai dan dihormati, kita kena buat dulu, barulah orang lain akan terima kita” Ucapan nasihat yang tertujah kepada diri saya juga.

“Kalau kita mahu sesuatu, berikannya kepada orang” Nampak merepek kata-kata saya. Apabila seorang petani mahukan lebih benih, dia memberi benih yang ada pada tanah. Apabila mahu kasih saying, berikan kasih sayang. Apabila mahu penyepak, cuba sepak orang.

“Abang dah bagi dia pinjam kerta control abang dulu kat kakak dan Uzair” Adib mengajukan ketidakpuashatiaannya.

“Kakak pun, Tapi abang…. ” Si kakak pula menyampuk dan mula hiba.

“Babah rasa kamu tak memberi sebenarnya. Kamu berkira. Tidak ikhlas.” Saya membuat perbezaan.Rahsia member ialah memberi tanpa mahukan balasan. Sukar saya menerangkan konsep ini. Namun, biar pelan-pelan tapi selalu.

“Abang mintak maaf” Itulah sikap Adib. Kendurnya segera. Tapi hotnya mendadak.
“Lain kali abang tak buat lagi “

“Kakak pun mintak maaf” Mereka kembali bersalaman. Segera berbaik dan akan kembali berbeza pendapat 2,3 jam lagi. Namun, penyelesaian segera perlu dicari agar emosi sentiasa reda. Itulah proses kematangan.

“Bila lepas sembahyang kita doa kepada Allah supaya permudahkan kita mengenal kelemahan diri dan diberi petunjuk serta hidayah untuk kita merubahnya” saya menyambung untuk mengaitkan tentang perlunya perubahan diri terlebih dahulu.

“Ya, Allah. Ubahlah aku, ubahlah fikiranku tentang ini”. Apabila Allah memberikan hidayah. Apabila fikiran kita tentang sesuatu keadaan berubah, keadaan sendiri berubah. Itulah pertolongan Allah.

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas dari diredhaiNya.( Al- Fajr:27-28)

Apabila kita mengubah pemikiran kita , unsur dalaman akan mempengaruhi unsur luaran. Tidak perlu menunggu orang lain menyempurnakan diri. Dunia adalah cermin anda. Setakat mana kita berubah, setakat itulah orang lain dalam hidup anda berubah.

Tidak perlu lagi kita menyatakan “ suamiku mesti berubah.. barulah aku mampu menjadi terbaik””..Kalaulah aku ada kerja yang bagus..”Ya Allah..ubahlah Si……”Dalam-ke-luar. Bermakna bermula dengan diri sendiri, wahai aku dan anak-anakku. Ia juga menyatakan kalau ingin rumahtangga yang bahgia, jadilah diri orang yang menjana kuasa positif. Jadikan diri baik dahulu sebelum mengharap kebaikan daripada orang lain. Ia proses membina yang berterusan. Gagal-berjaya-gagal-lulus dan seterusnya spanjang hayat. Kesedaran amat penting. Itulah petunjuk dan hidayah ALLAH.

Itu jualah jalan ketenteraman jiwa dalam bersosial. Kebahgiaan tidak memelukan kita mendapat sesuatu, tetapi menggugurkan sesuatu. Saya, umi dan anak-anak, pandanglah sekitar dengan ketidaksempurnaan. Kalau sepanjang hayat kita mencatat kelemahan orang…” Dia tidak baik. Kerja dia tak bagus, dia ..dia…mereka…” Mungkin benar kita bagus, tetapi kita menegaskan diri kita bahawa dunia dan orang di dalamnya tidak OK. Cari keindahan di sekeliling kita. LIHAT DIRI ORANG SEBAGAI DIRI SENDIRI. PENGALAMAN KITA TENTANG DUNIA (orang)ADALAH SEBENARNYA KITA MENGALAMI DIRI KITA. Kalau tidak suka apa yang kita lihat, tiada gunanya menyalahkan cermin.

……sesungguhnya Allah telah menetapkan ukuran bagi tiap-tiap sesuatu.(Ath-Thalaq: 3 )


“Anak-anakku, mengubah diri membawa hasil, cuba mengubah dunia sia-sia saja” saya akur dan sedar. Saya hanya ada kuasa ke atas anak-anak sahaja. Mereka amanah saya.

“Adib beruntung dapat kakak dan adik yang selalu memaafkan abang” saya memecah kesunyian bicara. Adib nampak ceria kembali. Kerna tidak dipersalahkan atau suatu keinsafan. Keduanya diperlukannya.

Comments

  1. Memang betullah...budak2 memang selalu gitu.Aku pun kadang2 buntu nak menyelesaikannya.Si adik mengalah,sikakak pula tunjuk kuasa.Apapun aku tabiklah ngan ko sefamili....memang itulah caranya nak bercakap ngan bebudak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kata-kata

Misi Bertanggungjawab