Katakan Tahu, Katakan Mahu, Katakan Mampu...



“Babah, badan umi ni makin naik lah. Babah perasan tak ?” suatu petang isteri saya membenarkan kenyataan yang telah lama bersarang dalam hati.

“OK je, naik berapa kilo dah”Saya menjawab. Tanpa sengaja ayat agak gagap dan saling bertentangan fakta.

“Tadi timbang dah X kilo.., macam-macam dah dilakukan tapi akhirnya kembali melanggar prinsip”katanya seolah mula berputus asa. Situasi yang sukar sekali untuk menyusun ayat. Menyatakan reality bermakna menyatakan soal kesedaran-kendiri. Bermakna terpaksa merungkai perbezaan antara sikap keproaktifan dan reaktif. Method berhikmah diperlukan kini. Tanpa menyinggung , akhirnya menyatakan semuanya OK. Si isteri disahkan kemudian rela dengan saiz sedia ada.

“Umi dah bertindak, tapi hasilnya masih belum memuaskan. Kita teruskan usaha ye sayang.. “ saya mula ingin menjual penyelesaian. Memandunya. Bukan merendahkannya. Tetapi kadang-kadang terpaksa mengesahkan tindakannya yang kurang sempuna. Bukan bermaksud merendahkan.

Jadikan diri sebagai cahaya,bukan hakim. Jadi diri sebagai teladan, bukan pengkritik. Jadilah sebahagian penyelesaian, bukan sebahagian dari masalah.


Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

“Hampir 3 tahun abang dah berhenti merokok “saya ingin berkongsi pengalaman ini dengannya buat kali yang bukan pertama.

Selama lebih kurang 13 tahun saya menjadi perokok tegar. Berpuluh nasihat diberi, beratus artikel tentang bahayanya telah dibaca, ramai mangsa keracunannya diziarahi di hospital dan di pusara sepi. “Aku tetap Aku…”

“Babah, tengok otak orang yang hisap rokok tu..” si kecil menunjukkan iklan di tepi jalan raya.

“Babah, kan merokok tu bahaya..” suara kecil memberi nasihat. Kuasa anak-anak.

“Babah, kakak dan abang kata rokok tu boleh membunuh” saya terus pasrah. Paradigma saya mulai menjernih. Mula mengingati semula puluhan nasihat, artikel, dan rakan taulan yang dimangsai rokok. Hari kehancuran suatu peradigma yang sudah berumur 15 tahun.

Hati mula memasang niat dan tekad. Dan perancangan dirangka. Doa diutus pada Maha kuasa.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada mereka sendiri……….(Ar Ra’ad : 11)

“Esok, babah mulai tak merokok lagi “ termetri satu ikrar dan janji. Bermulalah satu penderitaan. Akal, hati, dan nafsu berperangan. Akal menyatakan bahaya. Hati mengingatkan janji. Nafsu menyuruh mengingkari janji. Perang hati yang hanya saya yang tahu.

Bila paradigma teranjak, masalah mula dilihat secara berlainan. Inisiatif mula proaktif. Dari Dalam-Ke-Luar. Bahasa reaktif dulu…”tiada apa yang saya boleh buat..” “saya tak boleh “”kawan-kawan menyebabkan saya sukar berhenti..” mulai pudar. Diganti dengan “ Saya pasti..” “Saya mengawal perasaan saya..” Itulah suara proaktif.

Perubahan kesedaran kendiri dalam ini mempengaruhi sikap kita. Program bawah sedar semua teranjak. Saya menjadikan diri manual kembali. Selepas makan saya katakan TAK NAK pada rokok. Saya lakukan . Itu janji saya. Apabila hari pertama saya tunaikan janji, hari ke 2, 3, 4, seminggu, sebulan…saya mulai mempercayai diri sendiri. Saya berjanji, membuat dan menunai komitmen. Sebarang fikiran sedar,diulang dalam jangka tertentu, MENJADI PROGRAM. Ya, kita mampu tunaikan janji pada orang lain, selepas kita tunaikan janji pada diri sendiri. Dalam mencerminkan luarnya. Jujur pada diri bermakna jujur pada orang lain. Saya mula membebaskan diri dari rokok. Itulah konsep kendiri. Percaya diri.

Displinkan diri dalam hal-lal yang kecil – melebihi belajar daripada menonton TV-membawa kepada suatu perkara besar – kelayakan lebih baik. Bersenam 10 minit sehari – membawa perubahan besar – badan menjadi sihat. DISPLIN. ISTIQAMAH.PERATURAN. Resepi perkembangan diri.

Yang ADA dan yang JADI

“Kalaulah aku ADA kawan yang tak merokok…”

“Kalaulah aku ADA duit banyak untuk ke Slim World..”

Tetapi hakikatnya untuk berjaya melakukan sesuatu…. Dari Dalam-Ke-Luar. Semuanya bermula dari dalam minda..inisiatif, doa dan tawakkal.

“Aku boleh JADI seorang yang tidak merokok..”

“Aku boleh JADI orang yang berbadan sihat…”

Segala masalah dalam hidup adalah berpunca dari pemikiran kita. CARA KITA MELIHAT MASALAH ITULAH MASALAHNYA.

Kata Azri dulu : “ Saya berfikir begini kerena hidup saya kucar-kacir ! “ Tidak , Azri, hidup anda kucar-kacir kerana anda berfikiran begini!” Penentunya ialah sikap kita.

“Umi, babah percaya pada umi. Babah kenal umi. Kerena itulah kriteria babah jatuh cinta pada umi.” TIDAK PUTUS ASA.

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus!( iaitu) orang yang telah engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan(jalan) mereka yang dimurkai dan ( pula jalan) mereka yang sesat.( Al Fatihah: 6-7)


HATI, AKAL DAN NAFSU = TAHU, MAHU DAN MAMPU.

Untuk mengubah tabiat dan sikap rutin yang negetif, 3 unsur ini perlu dididik. Akal mesti diproses supaya tahu(ilmu) Hati diproses supaya mahu (niat dan wawasan, doa dan tawakkal ) dan nafsu dilatih untuk mampu(displin, peraturan, istiqamah). Bertindak secara perlahan seperti mana Rasullulah merubah sikap manusia secara bertahap. Akhirnya lahirlah keazaman melalui keyakinan dan mampu membuahkan kejayaan.

“Walaupun umi berisi, babah sayang umi jugak “ kata saya ikhlas.

“Yang penting, terus kekalkan kestabilan berat badan kerana ALLAH Taala.”

“Dengan kesihatan yang baik, mudah kita beribadat, bekerja dengan komitmen, mendidik anak dengan sempurna dan boleh masak makanan yang sedap-sedap untuk babah “kata saya lagi untuk merumus secara keseluruhan makna semuanya. Kerana ALLAH Taala.

Comments

Popular posts from this blog

Kata-kata

Misi Bertanggungjawab